awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini

Bernama
Bernama
22/03/2023
14:25 MYT
Khairul Dzaimee dilantik Ketua Pengarah BHEUU berkuat kuasa hari ini
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud hari ini dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.
Perkara itu disahkan Khairul Dzaimee dalam sidang media pada Majlis Paluan Berundur Ketua Pengarah Imigresen hari ini yang menyifatkan pertukaran itu adalah pusingan kerja yang biasa.
"Bayangan pertukaran telah diberi dalam tempoh sebulan lalu kerana perkhidmatan saya sepanjang empat tahun adalah tempoh lama untuk seorang ketua pengarah di jabatan yang sensitif," katanya.
Khairul Dzaimee, yang menyertai perkhidmatan awam pada Disember 1996, dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen pada 14 Januari 2019. Beliau juga pernah memegang jawatan penting di beberapa kementerian antaranya Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri.
Jawatan Ketua Pengarah Imigresen pula akan disandang oleh Datuk Ruslin Jusoh, yang sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Mengenai tugas sebagai Ketua Pengarah BHEUU, Khairul Dzaimee berkata beliau berkata ia merupakan satu bahagian yang penting kerana menguruskan beberapa isu perundangan negara termasuk tuntutan Sulu.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Khairul Dzaimee Daud
#Ketua Pengarah BHEUU
#Jabatan Perdana Menteri
#Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan