KLANG: Dua buah sekolah yang terletak berdekatan lokasi kilang cat terbakar di Taman Perindustrian Meru, Kapar dekat sini telah menutup sesi persekolahan pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
"Dua buah sekolah terlibat terletak kira-kira 300 meter dari lokasi kilang terbabit.
"Kebakaran yang mengakibatkan asap tebal itu dikhuatiri terdapat risiko bahan kimia mengakibatkan sesi persekolahan kedua-dua sekolah itu telah ditutup," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 2 petang.
"Bagaimanapun pemantauan masih dijalankan anggota bomba untuk memastikan lokasi kebakaran itu selamat.
"Selain itu, kita juga telah meminta pihak kilang untuk menjalankan kerja bagi mencuci sisa-sisa dipercayai kesan daripada cat susulan kejadian kebakaran ini," katanya.
Pada Isnin, sebuah kilang memproses cat musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Meru, Kapar dekat sini.
Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar, BBP Klang Utara dan BBP Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.
Selain itu, kerja pemadaman turut melibatkan anggota BBP Pel. Klang, BBP Kota Raja, BBP Shah Alam, BBP Bukit Jelutong serta BBP Rawang yang melibatkan keseluruhan seramai 39 anggota. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 29 2024
Wan Md Razali berkata, penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan. - Gambar Sinar Harian
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
Banjir: Tiga sekolah di Johor ditutup esok
Tiga sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya, SK Bukit Mutiara dan SK Sungai Tiram.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Guru sekolah mogok, sekolah tutup di Portland AS
Para guru di sekolah-sekolah awam Portland melancarkan mogok pada Rabu menyebabkan kesemua 81 sekolah di bandar terbesar di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) itu ditutup, lapor Xinhua.
Jerebu: Sekolah diminta patuhi garis panduan - Fadhlina
Pihak sekolah diminta mematuhi garis panduan yang disediakan berikutan beberapa kawasan di negara ini telah dilanda jerebu, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Sekolah di Bangladesh ditutup akibat cuaca terlalu panas
Gelombang panas berterusan menyebabkan penutupan sekolah rendah kerajaan di seluruh Bangladesh.
Waris SK Assumption mohon tempoh setahun lagi
Sekolah tersebut sepatutnya dipelihara warisannya berikutan hampir 90 tahun beroperasi.
Pascabanjir: Sesi persekolahan dua sekolah rendah di Taman Seri Muda ditunda
Dua buah sekolah rendah di Seksyen 25, Taman Sri Muda yang terkesan akibat bencana banjir dua minggu lalu, masih belum dapat memulakan sesi persekolahan hari ini.
Guru positif COVID-19, dua sekolah di Lawas tangguh pembelajaran bersemuka
Dua sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Lawas iaitu SMK Trusan dan SMK Merapok ditangguh pembukaan sesi pembelajaran bersemuka ekoran guru positif COVID-19.
COVID-19: Tujuh sekolah di Kedah ditutup dua hari
Tujuh buah sekolah di negeri Kedah ditutup selama dua hari bermula 2 Mei susulan penularan COVID-19 yang melibatkan warga sekolah berkenaan.