awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#KitaLawan: Ibu pejabat PKR diserbu polis

Haider Yutim
Haider Yutim
29/03/2015
10:07 MYT
#KitaLawan: Ibu pejabat PKR diserbu polis
PKR masih cuba mendapatkan maklumat tentang tujuan serbuan itu dibuat.
Seramai enam anggota polis telah menyerbu ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya petang tadi dipercayai ada kaitan dengan himpunan #KitaLawan..
Menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, polis telah menyerbu pejabat tersebut sekitar jam 4.50 petang bersama Naib Presiden parti, Rafizi Ramli.
"Difahamkan mereka mahu mengambil bahan-bahan berkaitan himpunan #KitaLawan," katanya dalam satu pesanan Whatsapp.
Fahmi ketika dihubungi Astro AWANI juga memaklumkan bahawa pihaknya masih cuba mendapatkan maklumat tentang tujuan serbuan itu dibuat.
Sementara itu, peguam yang mewakili Rafizi iaitu ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowin yang sedang berada di tempat kejadian juga masih kurang jelas tentang objektif serbuan itu.
Bagaimanapun menurut Fahmi, setakat ini empat buah komputer, satu surat pekeliling berkaitan himpunan #KitaLawan dan satu kenyataan media yang juga berkaitan himpunan tersebut telah dirampas.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR, telah sekali lagi ditahan polis pada Jumaat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung perhimpunan #KitaLawan.
Menurut Fahmi, Ahli Parlimen Pandan itu telah ditahan di pusat khidmatnya di Kuala Lumpur sekitar tengah hari berhubung surat pekeliling yang diedarnya mengenai perhimpunan tersebut.
Beliau juga direman selama tiga hari.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Ibu pejabat
#kitalawan
#PKR
#polis
#Rafizi Ramli
#serbu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan