awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKLW kenal pasti 4 lokasi baharu MARA Digital Mall

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
30/10/2017
07:20 MYT
KKLW kenal pasti 4 lokasi baharu MARA Digital Mall
Empat lokasi dikenal pasti sebagai lokasi baharu MARA Digital Mall.
Empat lokasi dikenal pasti sebagai lokasi baharu bagi meluaskan rangkaian pusat teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) Bumiputera, MARA Digital Mall ke seluruh negara.
Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, empat lokasi baharu tersebut terletak di Johor, Melaka, Terengganu dan Kelantan.
"Apa yang kita lakukan menerusi MARA Digital adalah langkah awal bagi membantu usahawan bumiputera dalam sektor teknologi maklumat.
"Ramai usahawan bumiputera terbabit dalam ekonomi digital. Ia bukan sekadar bilangan, kita mahu memberi penekanan pada aspek kualiti, kepandaian dan inovasi usahawan berkenaan dalam bidang ICT.
"Hasrat kerajaan melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasa usahawan digital bukan hanya mahu mewujudkan pusat gajet di seluruh negara tetapi ingin meluaskannya ke daerah-daerah," katanya pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang meminta kementeriannya menyatakan berapakah jumlah peniaga serta jumlah transaksi perniagaan bagi MARA Digital Mall sejak ia ditubuhkan pada penghujung 2015 serta menyatakan bagaimana para usahawan ICT bumiputera bermanfaat secara kuantitatif.
Selain itu, tambah Alexander, setakat ini terdapat empat buah MARA Digital Mall yang telah beroperasi.
Katanya, cawangan pertama MARA Digital Mall di Menara MARA, di sini meraih jualan RM26 juta sejak dibuka pada 8 Disember 2015.
"Bagi MARA Digital Mall di Angerik Mall Shah Alam (cawangan kedua) pula meraih nilai jualan sebanyak RM2.3 juta.
"Bagi MARA Digital Mall di Ipoh, Perak dan Kuantan, Pahang, tiada sebarang rekod jualan kerana masing-masing baru sahaja memulakan operasi pada 12 Oktober serta 29 Oktober ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Bumiputera
#Dewan Rakyat
#Johor
#Kelantan
#Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
#KKLW
#MARA Digital Mall
#Melaka
#nanta linggi
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan