awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM hantar dua JTMP, sembilan juru X-ray ke Sabah - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
12/10/2020
00:05 MYT
KKM hantar dua JTMP, sembilan juru X-ray ke Sabah - KP Kesihatan
Lima Penolong Pegawai Perubatan dari Jabatan Kecemasan & Trauma, Hospital Kuala Lumpur dimobilisasi ke Hospital Tawau. - Facebook Noor Hisham Abdullah
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) menghantar dua Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan sembilan juru X-ray (Diagnostik) dari Semenanjung untuk ditugaskan di hospital di Sabah.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesemua mereka telah dimobilisasi ke Sabah pada Jumaat lepas menaiki pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (penerbangan logistik & komunikasi TUDM).
"Mereka merupakan petugas daripada beberapa institusi dan hospital KKM iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Hospital Sultanah Nora Ismail, Hospital Sultanah Aminah, Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Hospital Kuala Lumpur dan Institut Kanser Negara," katanya dalam satu hantaran terbaharu dalam akaun Facebooknya pada Ahad.
Dr Noor Hisham berkata kesemua petugas barisan hadapan ini masing-masing ditugaskan ke Hospital Tawau, Hospital Semporna dan Hospital Lahad Datu dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.
Terdahulu, seramai lima JTMP masing-masing dari Pusat Darah Negara, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Pulau Pinang, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Ampang telah dimobilisasi pada 5 dan 7 Okt lepas.
"Mereka ditempatkan di Hospital Semporna, Hospital Lahad Datu dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKA KK).
"Turut sama ialah seorang Pegawai Sains (Mikrobiologi) dari Hospital Umum Sarawak yang telah dimobilisasi ke MKA KK," katanya.
Sumber Facebook DGHisham
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#KKM
#JTMP
#juru X-ray
#Sabah
#Hospital
#pesawat
#mobilisasi
#penerbangan
#TUDM
#Juruteknologi Makmal Perubatan
#petugas barisan hadapan
#Tawau
#Semporna
#Lahad Datu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan