Kementerian Kesihatan menghasilkan sebuah dokumentari pendek bagi memberikan gambaran sebenar di sebalik tabir pasukan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Perkhidmatan Hospital dan barisan hadapan negara dalam usaha memerdekakan negara daripada penularan jangkitan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Video berdurasi 10.46 minit yang dikongsikan di Twitter rasmi Dr Noor Hisham itu memaparkan wajah-wajah wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.
"Kita dapat kawal dengan baik iaitu kita berjaya 'landaikan lengkungan,' itu adalah kejayaan pertama perjuangan kita. Ia berjalan dengan lancar, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan dengan lancar," katanya.
Dalam video itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) merangkap Penasihat CPRC Perkhidmatan Hospital Datuk Dr Rohaizat Yon berkata pusat itu telah lama wujud tetapi tidak begitu menonjol dan disebabkan COVID-19, pusat itu mendapat peruntukan khas serta menjadi lebih canggih.
"Mereka mengatakan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan adalah ketua atau panglima yang paling besar dan saya sebagai panglima COVID-19 dan di samping panglima, saya ada ramai pendekar, hulubalang dan laskar yang sanggup berjuang melawan virus ini.
"Mereka ini semua memainkan peranan penting melahirkan satu usaha besar, kewujudan kita lihat di sini CPRC Perkhidmatan Hospital yang lebih tersusun," katanya.
Selain itu, Pengarah Perkembangan Perubatan Bahagian Perkembangan Perubatan (Pengurus Insiden) Datuk Dr Norhizan Ismail berkata pusat tersebut merupakan nadi dalam menjalankan setiap aktiviti menggembleng tenaga untuk data kritikal.
Di akhir video, terdapat petikan yang sering diucapkan Dr Noor Hisham dalam sidang media berhubung perkembangan terkini COVID-19 iaitu "terima kasih kepada semua rakyat atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan kepada petugas barisan hadapan dan pihak berkuasa sepanjang tempoh sukar ini.
"Kita jaga kita, kita jaga keluarga kita, kita jaga komuniti kita, kita jaga negara kita," katanya.
Video Bahagian 1 CPRC Perkhidmatan Hospital bersama mengatur strategi barisan hadapan tidak terhenti setakat itu sahaja dan akan bersambung dengan bahagian 2 tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 28 2020
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan merupakan nadi dalam menjalankan setiap aktiviti menggembleng tenaga untuk data kritikal. --fotoBERNAMA
Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sepanjang proses pengebumian berlangsung.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya ikhlas pemergian Firdaus.. Dia wira negara, wira anak-anak Sungai Nibong' - Bapa
"Terima kasih kerana masih sayangkan keluarga saya, masih sayangkan anak saya. Saya ikhlas, demi Allah saya ikhlas pemergian beliau."
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari
Pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.
KKM hasil dokumentari mengenai usaha merdekakan negara daripada COVID-19
Video berdurasi 10.46 minit di Twitter rasmi Dr Noor Hisham memaparkan wajah-wajah wira yang bertungkus-lumus menjalankan kerja belakang tabir ketika negara berperang menentang COVID-19.
Petugas CPRC adalah pekerja belakang tabir yang perlu dihargai - KP Kesihatan
Sejak pandemik COVID-19, masyarakat mula mengenali peranan penting yang dimainkan oleh CPRC khususnya dan Kesihatan Awam secara amnya.
Apa yang penting adalah siapa di belakang tabir - Rosyam Nor
Yesss...
Wanita Sarawak ada cara halus pikat pengundi luar bandar - Jamilah Anu
Penglibatan dan peranan golongan wanita di Sarawak kini sukar untuk disangkal selain diterima baik dalam arena politik.