Kementerian Kesihatan (KKM) komited untuk memastikan semua keperluan petugas barisan hadapan khususnya peralatan perlindungan diri (PPE) sentiasa mencukupi untuk berdepan dengan wabak COVID-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba juga meminta semua pihak untuk bekerjasama dan berganding bahu memutuskan rantaian penularan wabak berkenaan.





"Sebagai Menteri Kesihatan, saya akan berusaha untuk memastikan keperluan petugas barisan hadapan cukup untuk berdepan dengan wabak COVIDー19 ini.

"Sama-sama kita putuskan rangkaian penularan wabak ini," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter mrasminya di sini pada Rabu.

Isnin lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM berjaya memperoleh sebanyak 33 juta stok bekalan PPE yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.

BACA: COVID-19: KKM peroleh 33 juta stok PPE
BACA: COVID-19: RM600juta beli peralatan perubatan, lantik kakitangan KKM baharu