Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasarkan pengambilan sampel ujian di dua buah kampung di Simpang Renggam, Johor yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan selesai dalam tempoh 10 hari.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM melaksanakan lebih kurang 300 ujian sehari terutama kepada golongan sasar.
"Penduduk di dua kampung itu seramai 3,000 orang, jadi kita jangka dalam tempoh 10 hari, kita akan dapat siapkan semua ujian itu.
"Pasukan KKM pergi dari rumah ke rumah untuk memastikan kita dapat kesan kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi. Kalau kita dapat kesan kumpulan berisiko tinggi walaupun tidak ada gejala, kita akan tetap laksanakan ujian itu," katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham mengulas soalan berhubung perkembangan pengambilan sampel ujian terhadap penduduk Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim di Simpang Renggam yang bermula Jumaat lalu.
BACA: COVID-19: Malaysia catat 3 kematian, 156 kes positif baharu
BACA: COVID-19: Malaysia catat jumlah pulih paling tinggi iaitu 91 kes
Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini sebanyak 18,271 saringan COVID-19 telah dilaksanakan bagi kluster berkaitan jemaah tabligh Sri Petaling.
"Daripada jumlah itu sebanyak 14,111 sampel telah diambil di mana sampel positif adalah 1,290, negatif 8,083 manakala 4,738 menunggu hasil ujian.
Sementara itu, KKM turut menasihatkan agar sebarang pembahagian makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) harus mengikut peraturan dan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana ia bukan bidang kuasa kementerian itu.
"Kita kena ikut sebab sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan. Jadi kalau PKP, bebas bergaul ataupun turun padang, ia mungkin mendatangkan risiko pada NGO itu.
"Tindakan dan niat mereka bagus tapi PKP perlu dipertingkatkan," kata Dr Noor Hisham yang menjawab soalan berhubung garis panduan yang perlu dilaksana NGO untuk mengagihkan makanan kepada petugas barisan hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 30 2020
KKM melaksanakan lebih kurang 300 ujian sehari terutama kepada golongan sasar. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Kenaikan gaji penjawat awam mampu dilaksana
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Guna anak patung Doraemon untuk upacara panggil hujan
Anak patung Doraemon itu turut diarak ke sekitar jalan utama di Khao Khala selepas kawasan tersebut berdepan kemarau berpanjangan.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
- Sambutan Hari Bomba Sedunia di Tambun, Perak
- Piala Thomas: KBS anjur tayangan perlawanan di skrin gergasi
Malaysia berpeluang berkembang dengan manfaat kemajuan teknologi AI
Nadella berkata, perbincangan dan dialog mengenai cabaran AI sentiasa berlangsung bagi mencari penyelesaian dan menilai impak penggunaan teknoklogi berkenaan.
Tiga nyaris maut, kereta jatuh cerun di LPT1
Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans APM.
Timbunan sisa runtuhan Gaza atasi Ukraine
UNMAS menganggarkan sisa runtuhan di Gaza berjumlah 37 juta tan atau 300 kilogram untuk setiap meter persegi.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC meminta sebarang tindakan untuk menakut-nakutkan atau mempengaruhi pegawainya dihentikan segera.
Setiausaha Agung PBB desak gencatan senjata dikuatkuasa di Gaza
Kenyataan ini dibuat ketika pusingan baharu rundingan tidak langsung dijadual berlangsung di Kaherah, Mesir.
ICC minta henti ancaman ke atas kakitangannya
ICC mengeluarkan kenyataan meminta tindakan mengancam kakitangannya berkaitan perkembangan perang di Gaza dihentikan segera
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.