Baru sahaja negara kita digegarkan dengan kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, namun mungkin klip video ini dapat meredakan sedikit ketegangan.

Klip video berdurasi 30 saat itu kini tersebar meluas di laman sosial, memperlihatkan sekumpulan anak muda berbangsa Cina menyanyikan lagu Selamat Hari Raya dendangan Saloma di dalam koc tren KTM.

TONTON: Gaduh Low Yat: Perlunya perpaduan di perkukuh

Netizen rata-ratanya melihat klip video itu sebagai satu harapan dalam suasana keharmonian negara yang sedikit terganggu selepas peristiwa pergaduhan di Low Yat hujung minggu lalu.







Ramai juga meluahkan penghargaan dan rasa hormat terhadap golongan anak muda itu kerana kemampuan mereka menghafal dan menyanyikan lagu tersebut.

Tindakan sesetengah pihak yang cuba menangguk di air keruh apabila mengaitkan insiden di Low Yat dengan isu perkauman sebelum ini mendapat kritikan. Sebaliknya, ramai yang menyifatkan ia lebih kepada isu jenayah.