PIALA ASIA 2023 telah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan pasukan tuan rumah Qatar mempertahankan kejuaraan. Piala Asia pada tahun ini merupakan edisi yang ke-18 yang juga merupakan kejohanan bola sepak antarabangsa yang berlangsung empat tahun sekali. Bola sepak menjadi tumpuan masyarakat dunia sama ada pada peringkat negeri, negara apatah lagi yang melibatkan pasukan antarabangsa.
Dalam kebanyakan ulasan di kaca televisyen berbahasa Melayu, terutamanya bagi perlawanan bola sepak yang dipancarkan secara langsung, pengulas sukan sering kali terlepas pandang atau tidak cakna dengan penggunaan istilah sukan bola sepak dalam ulasan yang diberikan.
Berlaku kerancuan dalam ulasan sukan yang menyebabkan ulasan menjadi tidak berkualiti, pincang dan tidak sedap didengar sedangkan padanan istilah yang popular tersebut telah wujud sekian lama dalam bahasa Melayu.
Pengulas sukan berbahasa Melayu seharusnya membuat kajian atau sekurang-kurangnya pembacaan dalam bidang tersebut agar keterjaminan ulasan perlawanan tidak terganggu dengan campur aduk bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Ulasan tersebut akan tampak lebih kemas dan pengulas sukan akan tampil berwibawa sebagai pengulas sukan profesional. Alasan keterujaan menonton perlawanan bola sepak semasa membuat ulasan perlawanan sehingga mencampuradukkan bahasa, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima kerana pengulas sukan patut sedar dan faham akan tugasannya.
Jika hal ini berterusan dan tiada penambahbaikan, masyarakat akan terhidang dengan kepincangan bahasa selama-lamanya.
Apa istilah yang betul?
Istilah-istilah yang popular dalam bahasa Inggeris seperti back heel, overlapping run, sliding tackle, curving shot, first timer, free kick, goal keeper, corner kick, penalty kick dan sebagainya telah tersedia dalam padanan bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa istilah dalam bahasa Inggeris yang dipinjam dan diserapkan dalam bahasa Melayu dengan mengekalkan unsur fonetiknya seperti hat-trick, foul, offside dan lain-lain.
Hal ini berlaku bukan sahaja dalam bidang sukan malahan bidang lain juga seperti istilah dalam bidang sains, teknologi maklumat, agama, kulinari dan sebagainya.
Pembentukan istilah daripada perbendaharaan kata bahasa asing diperlukan jika tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu yang boleh digubal menjadi istilah yang sepadan atau yang bertepatan.
Pembentukan istilah mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (yang disesuaikan) manakala sebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demi keseragaman, bahasa yang paling bersifat antarabangsa, iaitu bahasa Inggeris biasanya menjadi sumber.
Sikap endah tak endah pengulas sukan bola sepak terhadap penggunaan bahasa Melayu agak mendukacitakan. Perlawanan bola sepak yang bertaraf antarabangsa seperti Piala Asia yang diikuti di seluruh dunia sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh Malaysia untuk mengulasnya dalam bahasa Melayu sepenuhnya.
Kesedaran ini tidak berlaku kepada pengulas sukan berbahasa Melayu yang seolah-olah menidakkan istilah sukan yang telah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Jika istilah tersebut tidak diguna pakai dan diabaikan, bagaimana bahasa Melayu harus berkembang dan dituturkan pada peringkat global?
Pengulas sukan sebenarnya boleh menjadi duta kecil dalam penyebaran bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Antara sedar dengan tidak, tugas mereka ini menjadi perhatian penonton atau pendengar perlawanan.
Disebabkan ulasan pengulas jugalah kadang-kadang penonton menukar siaran tersebut ke rangkaian televisyen lain kerana gangguan berbahasa dan ditambah lagi dengan intonasi yang tidak menyenangkan. Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat pengulas yang memainkan sentimen provokasi sehingga ulasan menjadi berat sebelah.
Melalui artikel ini penulis mencadangkan agar pengulas sukan bola sepak mengambil tahu dan peka dengan padanan istilah sukan bola sepak yang wujud dalam pangkalan data dan korpus istilah yang dibina oleh pihak DBP. Para pengguna internet disaran melayari laman sesawang https://prpm.dbp.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat bahasa yang betul atau http://kndbp.dbp.gov.my untuk mendapatkan khidmat nasihat bahasa.
Berikut merupakan istilah yang popular yang perlu diberikan perhatian:
* Azura Halid merupakan pejuang Bahasa Melayu yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Mon Feb 12 2024
Perlawanan bola sepak yang bertaraf antarabangsa seperti Piala Asia yang diikuti di seluruh dunia sepatutnya direbut dan dimanfaatkan oleh Malaysia untuk mengulasnya dalam bahasa Melayu sepenuhnya. - Gambar fail/AP
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Saya tiada lagi kawan bergaduh' - Abang
Kehilangan adik yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, tidak menggugat semangat Lans Koperal Ahmad Azza Fitri Azhar untuk terus berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
KPKT salur RM83.66 juta bagi 17 projek di Melaka
Peruntukan bagi kategori bina baharu dan projek sambungan itu yang terbesar dalam sejarah negeri Melaka dengan nilai terbesar disalurkan untuk pembinaan baharu projek Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Imigresen gagalkan sindiket penyeludupan manusia di ibu negara
Pasukan operasi diatur gerak ke premis itu dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.
AWANI Ringkas: Polis tahan dua lelaki cuba masuk Istana, rampas parang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Grand Theft Auto 6 akan tiba pada musim luruh 2025
Ini masih bukan tarikh muktamad kerana musim luruh tiba sekitar penghujung September hingga awal November. Sungguhpun begitu kita kini mempunyai sasaran bilakan GTA 6 akan dilancarkan. Seb
[TERKINI] Ahli Parlimen Bukit Gantang tidak akan jawab surat Bersatu
Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak akan menjawab surat arahan yang dihantar Bersatu.
Negara mempunyai pengalaman kendali pemahaman ekstremis
Justeru demi menangani isu ini dengan lebih baik pada masa mendatang, Felo Bersekutu, International Centre for Counter-Terrorism (ICCT) The Hague, Dr Ahmad El Muhammady berpandangan suatu sistem amaran perlu diwujudkan lebih awal.
Ahli silap mata David Copperfield dituduh beri dadah, perkosa 16 wanita
Tiga daripada mangsa mendakwa telah diberi dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq jadi tumpuan
Kediaman Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Taman Seri Mahkota Jaya, Gambang menjadi tumpuan orang ramai.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.
'Di mana yang tidak Melayunya?', soal PM Anwar
Perdana Menteri menyanggah dakwaan sesetengah pihak, terutamanya daripada pembangkang yang mengatakan Kerajaan Perpaduan tidak memberi tumpuan kepada orang Melayu.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi
Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi antara usaha yang dirintis Kementerian Pengajian Tinggi.
Pulang semula surat jika tidak guna Bahasa Kebangsaan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi peringatan kepada jabatan kerajaan agar tidak melayan sebarang surat yang diutus selain daripada Bahasa Kebangsaan.