awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Komik propaganda: KPM tidak pernah luluskan pengedaran komik

Astro Awani
Astro Awani
17/10/2019
11:48 MYT
Komik propaganda: KPM tidak pernah luluskan pengedaran komik
Komik itu didakwa disebarkan kepada Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik "Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama" kepada mana-mana institusi pendidikan termasuk sekolah.
KPM dalam satu kenyataan menjelaskan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.
"KPM juga akan mengkaji dengan lebih teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan.
"Pada masa sama, KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara," katanya.
KPM mengulas mengenai penyebaran komik propaganda yang dikeluarkan pihak Muzium Kebudayaan Komik Asia.
KPM dalam satu kenyataan menjelasakan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.
KPM dalam satu kenyataan menjelasakan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal.
BACA: Komik propaganda: DAP Pulau Pinang tiada kaitan dengan Muzium Kebudayaan Komik Asia
Komik 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' dinyatakan sebagai pemberian ihsan Muzium Kebudayaan Komik Asia.
Komik berkenaan diterbitkan pada April 2019 atas kerjasama kolektif antara kurator Dr Hew Kuan Yau dan artis komik tempatan Ching Po Ling.
Ia diterbitkan dalam tiga bahasa iaitu, Melayu, Cina dan Bahasa Inggeris.
Topic Berkaitan
#Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama
#Jabatan Pendidikan Negeri
#Kementerian Pendidikan
#komik
#KPM
#Pejabat Pendidikan Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan