Pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing akan dikenakan kompaun sehingga RM4,000, sekiranya gagal mendaftar di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), selewat-lewatnya Jun ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata sejak skim itu dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017 sehingga 29 Jan lepas, Perkeso hanya menerima 10,677 pendaftaran daripada golongan tersebut dan jumlah itu sangat kecil berbanding keseluruhan pemandu ketiga-tiga kategori itu yang dianggarkan 300,000 orang.
Namun, beliau berkata pihaknya tidak akan terburu-buru melaksanakan tindakan itu dan menasihati pemandu untuk mendaftar dan mencarum dengan skim itu secara sukarela demi mendapat perlindungan sosial yang ditawarkan Perkeso.
"Jangan salah faham, kompaun ini sebab kita mahu beri perlindungan kepada mereka dan bukan sebab kita mahukan duit mereka kerana jumlah caruman yang dibayar nilainya kecil sahaja. Ini untuk kebaikan mereka sendiri.
"Perkeso juga memberi kelonggaran kepada pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk membayar caruman mereka secara tahunan sebanyak RM157.20 atau bulanan sebanyak RM13.10 yang boleh memberi manfaat kepada mereka dan juga keluarga," katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Perkeso di sini, pada Isnin.
Sementara itu, Mahfuz berkata skim tersebut yang sebelum ini hanya dikhususkan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing telah diperluas kepada pemandu bas yang bekerja sendiri mulai 1 Feb lepas bagi memberi perlindungan kepada mereka.
Katanya, kira-kira 40,000 pemandu bas yang dilihat berdepan risiko kemalangan akan menerima manfaat perlindungan keselamatan sosial sekiranya mendaftar dan mencarum di bawah skim itu.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pemandu teksi, kereta sewa, e-hailing serta bas bagi memberi pendedahan mengenai pentingnya mencarum dengan Perkeso.
"Perkeso juga sedang giat untuk memperluaskan lagi liputan skim ini kepada sektor pekerjaan lain yang dijangka akan dapat melindungi semua pekerja yang bekerja sendiri dan perkara itu akan dipertimbangkan selepas melihat keberkesanan skim ini untuk kumpulan pekerjaan sekarang," katanya.
Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri antaranya memberi perlindungan kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan selain menyediakan faedah tunai di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 11 2019
MAHFUZ: Sejak skim itu dikuatkuasakan pada 1 Jun 2017, Perkeso hanya menerima 10,677 pendaftaran daripada golongan tersebut.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MPV dinaiki enam pegawai imigresen terlibat nahas babit lima kenderaan
Kenderaan JIM terbabit dipercayai dalam perjalanan ke Kuala Lumpur selepas selesai tugasan di Johor Bahru.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Pemain West Ham, Antonio stabil selepas kemalangan jalan raya
Dalam satu kenyataan, West Ham berkata, Antonio, 34 tahun, sudah kembali sedar.
Remaja maut kereta hilang kawalan bertembung lori
Mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Penghantar makanan maut dirempuh kereta di lampu isyarat merah
Seorang penghantar makanan maut dirempuh sebuah kereta ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Mas, Puchong pada Jumaat.
Mahasiswa maut dalam perjalanan ke kampus
Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, Muhammad Irfan Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Kemalangan di Setiu: Jenazah tiga beranak dikebumi dalam satu liang lahad
Jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Sungai Lerek dekat Setiu, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Maras.
Warga emas maut dalam kemalangan libat dua kereta
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan melibatkan dua kereta di KM46, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Tiga beranak maut, bayi setahun selamat dalam kemalangan di Lebuhraya DUKE
Bayi lelaki berusia kira-kira setahun selamat dan dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.