KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan PKR memutuskan hari ini Kongres Nasional Tahunan 2021 parti itu akan berlangsung pada 2022.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres tahunan itu akan berlangsung serentak dengan kongres bagi tahun 2022.
Ia sekali gus menyaksikan Mesyuarat Agung Peringkat Cabang turut akan diadakan pada tahun depan.
"Bagaimanapun, Laporan Tahunan Cabang mesti diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada tahun ini juga," katanya.
Saifuddin juga memaklumkan, Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 1 Mei telah bersetuju dengan keputusan berhubung kekosongan jawatan di peringkat pusat.
"Walaupun di peringkat pusat ada kekosongan jawatan seperti Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), namun kita telah membuat keputusan untuk tidak mengisi jawatan ini sehingga pemilihan parti akan datang yang akan ditetapkan tarikhnya.
"Dengan ini, perjalanan parti di peringkat pusat akan kekal seperti sekarang tanpa kita mengisi kekosongan akibat ditinggalkan rakan-rakan lama kita," katanya.
Kekosongan jawatan dalam parti itu wujud, apabila bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas Naib Presiden Datuk Zuraida Kamaruddin, meninggalkan parti itu pada tahun lepas.
Sementara itu, Dr A Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR pada Mac lalu.
Saifuddin berkata demikian pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-15 bagi tahun 2020 yang berlangsung secara maya hari ini.
Sebelum ini, PKR menangguhkan kongres tersebut selepas mendapat arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 berlangsung menerusi platform dalam talian sepenuhnya disebabkan kekangan akibat pandemik COVID-19.
Hasimi Muhamad
Sun Jun 20 2021
SAIFUDDIN: Walaupun di peringkat pusat ada kekosongan jawatan, namun kita telah membuat keputusan untuk tidak mengisi jawatan ini sehingga pemilihan parti akan datang. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Politik perjuang aspirasi rakyat, bukan percaturan rebut kuasa - Presiden PKR
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjuangan sebenar yang perlu diangkat ialah aspirasi rakyat.
Kongres Nasional Tahunan PKR 2021 berlangsung serentak 2022, jawatan kosong kekal
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kongres tahunan itu akan berlangsung serentak dengan kongres bagi tahun 2022.
Ketua Wanita PKR 'lesap', ucapan penggulungan diganti naib ketua
Kongres Nasional Keadilan ke-14 di MITC menyaksikan ucapan penggulungan sayap wanita parti itu tidak disampaikan oleh ketuanya, Haniza Mohamed Talha.
Saya tak takut dengan FRU, kezaliman... apatah lagi pimpinan dan perwakilan - Tian Chua
Veteran PKR itu mengkritik mereka yang menganggap kumpulan tidak sealiran sebagai pengkhianat.
Perwakilan tinggalkan kongres, parti akan rujuk Lembaga Disiplin - Shamsul Iskandar
Tindakan perwakilan yang meninggalkan kongres akan dirujuk kepada Lembaga Displin, Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
PRK Tanjung Piai tamparan hebat kepada kerajaan memerintah - Anwar
Tidak pernah kerajaan memerintah menerima tamparan begitu hebat seperti mana di PRK Tanjung Piai, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pemimpin PKR kembali bersatu, dua kongres kini menjadi satu
Buat pertama kali dalam sejarah sejak penubuhan PKR asejak 1999, hampir terjadi 2 kongres berlangsung serentak, ekoran sengketa dalaman antara pemimpin parti tidak berkesudahan.
'Usah biarkan pangkat dan harta kaburi perjuangan PKR' - Ucapan sebak Wan Azizah
Ahli parti diminta tidak menjadikan pangkat, kuasa dan harta mengaburi asas perjuangan dan dasar PKR selama ini.
Anwar sebagai PM adalah konsensus Pakatan Harapan - Shamsul Iskandar
Setiap pemimpin dalam komponen PH tidak boleh mendahului keputusan dan ketetapan yang diputuskan menerusi konsensus tersebut demi menjamin keutuhan dan kesepakatan komponen itu.