Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulfikli Ahmad mengesahkan SPRM memasuki Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di KL Sentral, Kuala Lumpur, kira-kira 11 pagi.

Kedatangan 10 pegawai SPRM bagi mengambil beberapa dokumen berhubung pembelian dua hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak dan Kensington, London.

“Saya difahamkan pada pagi ini kita telah membuat pemeriksaan di pejabat SPAD. Ini adalah proses biasa, bila kita tangkap orang tu, kita akan pergi (membuat) pemeriksaan di rumah dan pejabat. Itu proses biasa dalam siasatan yang kita jalankan,” ujar Dzulkifli.

Pejabat Isa di SPAD adalah antara lokasi serbuan SPRM bagi memperoleh bukti dan bahan penting susulan penahanan reman beliau.

Pasukan berkenaan dilihat keluar pada 12.20 tengah hari bersama Isa dan dipercayai menuju ke Putrajaya.
Sebelum ini media sudah melaporkan bahawa SPRM sudah menyerbu tiga kediaman milik Isa di Bandar Baru Nilai, Senawang dan Linggi, Negeri Sembilan.

Jun lalu, Isa dilantik sebagai pemangku Pengerusi spad sejurus meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV).