ALOR SETAR: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 12,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM25,800 dipercayai diseleweng, dalam Ops Tiris di sebuah stor di Bedong dekat Sungai Petani semalam.
Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata serbuan di stor tanpa nombor di Ladang Kelapa Sawit pada 1.30 tengah hari itu mendapati stor berkenaan tidak berpenghuni dan menjumpai dua 'skid tank' berisi minyak diesel serta peralatan lain yang disyaki digunakan untuk penyelewengan.
"Pasukan penguat kuasa seterusnya bertindak menyita barang-barang tersebut untuk siasatan lanjut. Anggaran diesel yang disita adalah 12,000 liter dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM25,800.
"Barang-barang lain seperti dua 'skid tank' dan empat hos paip pula dianggarkan berjumlah RM10,200. Anggaran nilai rampasan keseluruhan adalah sebanyak RM36,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Affendi berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 20 (1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan iaitu minyak diesel di tempat yang tidak mendapat kebenaran Pengawal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
Serbuan di stor tanpa nombor di ladang kelapa sawit pada 1.30 tengah hari itu menjumpai dua 'skid tank' berisi minyak diesel serta peralatan lain disyaki digunakan untuk penyelewengan. -KPDN Kedah
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
KPDN Kedah rampas diesel dipercayai diseleweng bernilai lebih RM28,000
Dalam serbuan jam 10 malam itu hasil sumber risikan KPDN Putrajaya, pagar stor tanpa lesen itu berkunci dan tiada orang di situ.
KPDN Kedah beri jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memberi jaminan bekalan gula terkawal dan mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna di negeri itu.
Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000
Sembilan individu ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.
Menu Rahmah: KPDN Kedah sasar 200 premis menjelang Ramadan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyasarkan sebanyak 200 premis makanan di negeri itu akan menawarkan Menu Rahmah sebelum tibanya bulan Ramadan.
KPDN Kedah rampas 12,000 liter diesel disyaki diseleweng
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas 12,000 liter minyak diesel bersubsidi dianggar bernilai RM25,800 dipercayai diseleweng, dalam Ops Tiris di sebuah
KPDN kenakan notis terhadap peruncit kenakan caj tambahan
Dua notis dikeluarkan ke atas peruncit selepas mengenakan caj tambahan ke atas penjualan telur ayam di daerah Kubang Pasu.