IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bersedia menganjurkan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) sepanjang bulan puasa ini di seluruh negeri.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata pada masa ini, pihaknya hanya menunggu arahan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kementerian berhubung penganjuran bazar berkenaan.
"Di peringkat negeri, kita bersedia untuk menyambut penganjurannya yang dilihat berperanan dalam memberikan manfaat kepada rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
"Cuma pada kali ini, kita akan pastikan kelemahan yang terjadi sebelum ini diperbaik terutama membabitkan lokasi. Kita akan pastikan lokasi yang dianjurkan bazar ini berpotensi menarik kehadiran pengunjung," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Jualan Ihsan Rahmah Back to School Peringkat Negeri Perak 2024 di Pasaraya Mydin Meru di sini semalam.
BRR yang dilancarkan pada 27 Mac tahun lepas merupakan inisiatif diperkenalkan oleh KPDN di bawah Payung Rahmah yang bertujuan menawarkan makanan dengan harga berpatutan, sekali gus membantu dalam mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.
Mengulas mengenai program jualan itu, Kamalludin berkata ia diadakan serentak di 36 pasar raya di seluruh negeri bermula 6 hingga 10 Mac ini yang bertujuan mengurangkan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.
"Antara pasar raya terlibat ialah Mydin, Aeon, Lotus, Econsave dan Syarikat Sakan. Melalui pelaksanaan program ini juga diskaun 10 hingga 30 peratus ditawarkan kepada mereka yang datang membeli di pasar raya berkenaan.
"Kita beri jaminan bahawa setiap kelengkapan sekolah yang dijual di pasar raya itu mempunyai kualiti seiring dengan jenama produk yang ditawarkan," katanya.
Beliau berkata orang ramai boleh melayari laman Facebook dan TikTok KPDN Perak untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung program berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Kamalludin (tiga, kanan) hadir bagi merasmikan pelancaran Program Jualan Ihsan Rahmah Back to School Peringkat Negeri Perak 2024 di Pasaraya Mydin Meru di Ipoh semalam. - Foto KPDN Perak
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja
Tindakan penyamaran oleh penguat kuasa KPDN bongkar aktiviti menyorok minyak masak bersubsidi.
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
Guna dua nozel isi diesel bersubsidi, syarikat, stesen minyak berdepan tindakan
Seorang pemandu lelaki warga tempatan berumur 40-an tahun juga ditahan untuk siasatan lanjut.
KPDN Perak sedia anjur Bazar Ramadan Rahmah seluruh negeri tahun ini
Pada masa ini, pihaknya hanya menunggu arahan rasmi yang dikeluarkan KPDN Perak berhubung penganjuran bazar berkenaan.
KPDN tahan lelaki warga Thailand disyaki cuba seludup petrol
Padah mengubah suai tangki kenderaan untuk menikmati petrol subsidi, seorang warga Thailand ditahan KPDN Perak semalam.
Ladang ayam bakal dikenakan tindakan, simpan LPG tanpa permit
KPDN sita 84 tong gas LPG berjenama dan 97 tong kosong berjenama dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM20,334.40.
60,429 diesel subsidi bernilai lebih RM1.7 juta dirampas, empat ditahan
KPDN Perak mematahkan cubaan menyeleweng 60,429 liter diesel bernilai lebih RM1.7 juta dalam serbuan di Kampung Baru Lumut, semalam.
KPDN Perak patahkan cubaan seleweng diesel bersubsidi, pengusaha stesen minyak disiasat
Penyelewengan itu dipatahkan hasil maklumat risikan yang mengesan terdapat aktiviti pembelian minyak diesel mencurigakan.
Pemilik pasar mini berdepan tindakan kerana sorok dan enggan jual minyak masak paket, gula
Peniaga sebuah pasar mini di Kampar berdepan tindakan selepas didapati menyorok minyak masak paket dan gula dalam operasi yang dijalankan.
KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.