IPOH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawngan Perak menerima 31 aduan berkaitan bekalan gula sejak Januari lepas hingga hari ini menerusi Op Manis yang dilaksanakan di seluruh negeri.
Pengarahnya Datuk Kamalludin Ismail berkata 240 pemeriksaan di seluruh negeri dijalankan sepanjang tempoh itu dan antara daerah yang mencatat aduan yang tertinggi berkaitan bekalan gula adalah daerah Manjung, Taiping dan Gerik.
Beliau berkata dua kes dikesan iaitu satu kes melibatkan kesalahan tanda harga di sebuah kedai runcit di Parit Buntar, yang mengakibatkan pemilik premis dikenakan kompaun RM200, manakala satu lagi kes berkaitan kesalahan tidak menyelenggara buku stok di Kuala Kangsar, dan kes masih dalam siasatan.
"KPDN Perak juga telah mengadakan libat urus dan memastikan 121 Pemborong Terpilih Daerah dan 295 Peruncit Terpilih Daerah mempunyai bekalan stok barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung yang mencukupi di setiap daerah.
"Berdasarkan pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh 176 Pegawai Penguat Kuasa dan 70 Pegawai Pemantau Harga ke atas premis perniagaan seperti pasar, kedai runcit dan pasaraya mendapati bekalan barang keperluan adalah mudah diperolehi dan mencukupi," katanya pada sidang media pada Program Pelupusan Ekshibit Perdana KPDN Perak di sini hari ini.
Sementara itu Kamalludin berkata pihaknya telah melupuskan 2,845 unit barangan seperti kasut wanita, kasut kanak-kanak, pelekat jenama dan plastik beg yang menggunakan cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah bernilai RM87,979 hari ini.
"Barangan ini adalah hasil tindakan operasi yang dijalankan oleh KPDN Perak yang membanteras pengedaran dan penjualan barang tiruan di sebuah pusat beli belah di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini pada 16 Jun tahun lepas," katanya.
Beliau nilai pelupusan terkumpul sejak Januari sehingga kini adalah RM1,369,061.79 melibatkan 45 kes pelupusan barangan seperti kenderaan, pakaian, baja dan komputer.
"Untuk rekod, data pelupusan ekshibit sepanjang tahun lepas berjumlah RM1,164,324.35 melibatkan 79 kes seperti kenderaan, pakaian, minyak diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan alat ganti kenderaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 13 2023
Kamalludin Ismail berkata 240 pemeriksaan di seluruh Perak dijalankan sepanjang tempoh itu dan antara daerah yang mencatat aduan yang tertinggi berkaitan bekalan gula adalah daerah Manjung, Taiping dan Gerik. - Gambar fail/Bernama
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
MUDA gesa PM guna 'supermajority' tubuh IPCMC
Parti MUDA pada Sabtu menggesa Perdana Menteri untuk menggunakan majoriti yang dimilikinya di Dewan Rakyat untuk menubuhkan Suruhanjaya Babas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).
Hannah berdiam sebelum ini kerana enggan ganggu siasatan SPRM
Menerusi hantaran di laman X beliau, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Israel seksa tahanan, pesakit Palestin di hospital lapangan
Tiga doktor yang bertugas di hospital lapangan Sde Teiman mendedahkan tawanan dan pesakit rakyat Palestin diseksa semasa dalam tahanan Israel.
[KRONOLOGI] Pembunuhan Zayn Rayyan
Berikut adalah info berkenaan dengan kes pembunuhan Zayn Rayyan
Ibu bapa direman kerana ada perkembangan baharu dalam siasatan
Peguam mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat, berkata tangkapan dan reman tujuh hari ke atas ibu bapa kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan adalah berdasarkan perkembangan terbaharu yang diperoleh dalam siasatan polis berhubung kes itu.
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.