KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi dalam serbuan di Jalan Ipoh, di sini, Jumaat lepas.
Pengarah KPDN Kuala Lumpur Ariffin Samsudin berkata hasil semakan juga mendapati kedua-dua premis berkenaan tiada permit atau lesen untuk menyimpan barang kawalan minyak masak bersubsidi.
Beliau berkata KPDN turut menyita sejumlah 76 kilogram (kg) minyak masak, masing-masing 37 kg di restoran pertama dan 39 kg di restoran kedua dan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Tidak adil kepada pengguna dan orang yang sepatutnya dapatkan minyak masak bersubsidi ini. Selain itu, pemeriksaan di restoran pertama mendapati premis itu gagal mempamerkan tanda harga bagi serbuk teh yang dijual dan kesalahan itu disiasat di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata sebanyak 24 unit serbuk teh dianggarkan bernilai RM1,100 turut dirampas dalam serbuan itu.
"Saya menggesa pemilik restoran agar segera menghentikan penyalahgunaan barangan kawalan bersubsidi tanpa permit yang sah. Selain itu, saya akan meminta anggota-anggota KPDN untuk membuat operasi terutamanya di premis-premis yang menjual makanan mewah," katanya.
Sementara itu, Ariffin berkata KPDN akan mengadakan Program Jualan Rahmah bagi enam barangan keperluan asas antaranya minyak masak dan beras lima kg, sardin, ayam dan telur di 17 pasar raya pada Sabtu ini bermula 10 pagi.
Jualan selama sehari itu adalah terhad kepada 300 unit bagi setiap enam barangan keperluan dan pasar raya-pasar raya yang terlibat dalam program ini antaranya AEON BiG, ST Rosyam Mart, Giant , Ong Tai Kim Supermarket, Segi Fresh, NSK, Econsave dan Fresh Grocer.
"KPDN berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai acara bulanan jika mendapat sambutan menggalakkan pada Sabtu ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
KPDN Kuala Lumpur menahan dua pemilik restoran berkonsepkan Asia Selatan kerana disyaki menyalahgunakan minyak masak bersubsidi dalam serbuan di Jalan Ipoh, Jumaat lepas. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.