PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melantik 25 orang Panel Berkepakaran dalam bidang perumahan bagi mengkaji akses pemilikan rumah kepada rakyat pasca pandemik COVID-19.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan itu merupakan inisiatif strategik yang menggabungkan pelbagai pihak dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dan program perumahan terbaik untuk rakyat.
Tambah beliau, pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.
“Setakat ini ada kawasan-kawasan tertentu sahaja dianggap kawasan yang mampu milik, jadi kita akan buat kajian. Apa guna kita buat rumah dan kita tetapkan harga, tapi hakikatnya harga itu tidak mampu (dimiliki) di situ.
“Sebab itu perumahan mampu milik ini tak boleh statik, dia kena dinamik. RM250,000 mungkin mampu di Pulau Pinang tapi tak mampu di Kinabatangan, Sarikei. Jadi, kena ada formula yang lebih baik.
“Sebab itu pemetaan, penyediaan perumahan rumah mampu milik secara lebih tersusun, teratur dan holistik wajar kita lakukan,” katanya.
BACA: Rumah Mampu Milik: Kegagalan pemaju antara punca tidak capai sasaran
BACA: KPKT tubuh 'panel pakar' kaji semula harga siling rumah mampu milik
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan Watikah Pelantikan Panel Berkepakaran KPKT di sini pada Selasa.
Antara individu yang menerima watikah tersebut ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani.
Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan juga merupakan salah seorang panel.
Dalam pada itu, Reezal Merican menegaskan beliau mempunyai keyakinan tinggi terhadap 25 orang Panel Berkepakaran yang baru dilantik itu.
“Ini kerana saya mempunyai keterbatasan dalam mempunyai maklumat dan pengetahuan, dan saya perlu dibantu.
“Saya juga terbuka untuk mendapat penglibatan daripada semua pemegang taruh agar bila kita buat keputusan, ia keputusan dan pendekatan menyeluruh. Kita tak boleh bertindak secara terasing tapi kita perlu dalam bentuk kesepaduan,” ujarnya.
BACA: RMK12: Dana bantuan perumahan RM2.25b, 500 ribu rumah mampu milik untuk golongan bersasar - PM
BACA: RMK12: Kerajaan sasar lebih ramai rakyat Malaysia miliki rumah mampu milik
Katanya lagi, panel berkenaan diwujudkan demi merealisasikan matlamat kerajaan untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Hasil daripada perbincangan dan dapatan akan dibawa kepada Majlis Perumahan Negara untuk pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.
Astro Awani
Tue Jan 11 2022

KPKT melantik 25 orang Panel Berkepakaran dalam bidang perumahan bagi mengkaji akses pemilikan rumah kepada rakyat pasca pandemik COVID-19. - Foto KPKT

Sukan SEA Hanoi | Peluang skuad memanah compound negara
Khamis nanti bakal menjadi penentu kepada pungutan pingat bagi skuad memanah compaund negara yang layak ke tiga acara utama. Apa peluang untuk negara dalam acara berkenaan..? Bersama wartawan Astro ARENA, Karl Nunis yang berada di Hanoi.

COVID-19 | Korea Selatan tawar sokongan penuh buat Pyongyang
Presiden baharu Korea Selatan, Yoon Suk Yeol akan memberi sokongan penuh kepada Korea Utara dalam menangani COVID-19, sekiranya Pyongyang memberi respons terhadap tawaran itu. Jelasnya, pintu untuk bantuan kemanusiaan sentiasa terbuka, tidak kira kepentingan politik atau ketenteraan.

COVID-19 | 8 kematian, 392,920 kes baharu di Korea Utara
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un mengkritik pihak berkuasa atas kelewatan mengagihkan ubat-ubatan, ketika rakyat negara itu dilanda gelombang pertama COVID-19. Pada Isnin, lapan lagi kematian direkodkan, dan 392 ribu dipercayai dijangkiti COVID-19 selepas melaporkan gejala demam.

30 tahun beroperasi, McDonald's tutup operasi di Rusia
Mac lalu, McDonald's mengumumkan penutupan sementara 850 restorannya di negara itu, termasuk di lokasi ikonik, Dataran Pushkin.

Air Pasang | Sebahagian besar pekan Kuala Kedah terjejas
Fenomena air pasang besar luar jangka yang melanda seluruh pekan Kuala Kedah mencetuskan suasana panik penduduk sekitar. Kejadian yang berlaku selama hampir dua jam sejak 12 tengahari tadi, menyebabkan air sedalam 0.5 meter memenuhi jalan raya dan memasuki premis.

Hari Guru | Tanggal 16 Mei cukup bermakna buat pendidik
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat, onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.

Hari Guru | Bekas guru besar tokoh Guru Kebangsaan 2022
Bekas guru dari Perlis dinobatkan sebagai Tokoh Guru 2022 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-51.

Penduduk runsing, penat hadapi masalah tiada air, tekanan air rendah
Kadangkala tiada masalah air tapi tekanan air pula terlalu rendah dan sejak dua tahun lepas, itulah yang terpaksa mereka hadapi saban tahun.

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/thumbnails/23621876161652701216313_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Johor bina 5,033 unit rumah mampu milik untuk B40 bermula tahun ini - Onn Hafiz
Sebanyak 5,033 unit rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah (B40) akan dibina di Johor bermula tahun ini.

Rangka pelan penyelesaian tangani isu rumah - PM
Kerajaan komited bagi menyediakan rangka penyelesaian kepada masalah peningkatan kos binaan secara mendadak.

Inisiatif Pemetaan Harga Kediaman sebagai panduan sedia rumah mampu milik
Inisiatif Pemetaan Harga Kediaman akan diperkenalkan sebagai panduan kepada pemaju dalam menyediakan rumah mampu milik di negara ini.

Johor jadikan HDB Singapura sebagai penanda aras pembangunan perumahan mampu milik
PKPJ perlu melakukan tindakan drastik dengan memiliki pangkalan data perancangan pembangunan perumahan terperinci dan berfokus.

Johor bincang dengan pemaju, bina lebih banyak rumah mampu milik
Langkah itu dilakukan selepas pihaknya mendapati terdapat 120,000 rumah mampu milik yang dirancang, tidak dibina dalam tempoh 25 tahun ini.

Johor kenal pasti tanah kerajaan untuk rumah mampu milik
Beliau mendapati masih ramai rakyat Johor mengadu kepadanya mengenai isu tanah yang dihadapi mereka.

KPKT lantik 25 pakar, kaji dan bantu kerajaan laksana dasar perumahan terbaik untuk rakyat
Pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda, selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda Miliki Rumah di Usia Muda.

Rumah Mampu Milik: Kegagalan pemaju antara punca tidak capai sasaran
Sasaran pembinaan RMM ini tidak tercapai berikutan kekurangan tanah yang sesuai, masalah penyediaan peruntukan dan pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan dalam tempoh yang ditetapkan.

KPKT tubuh 'panel pakar' kaji semula harga siling rumah mampu milik
Kerajaan akan menubuhkan 'panel of expert' atau panel pakar bagi mengkaji semula harga siling rumah mampu milik sedia ada.

Vincent Tan gesa lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk B40
Katanya, kebanyakan kumpulan B40 menyewa rumah kerana tidak mampu membelinya dan akhirnya bersara tanpa memiliki rumah sendiri.