NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional, kata menterinya Fadhlina Sidek.
Menurut beliau setakat ini KPM belum mempunyai data lengkap mengenai jumlah pelajar terlibat dan sedang mengumpul data serta maklumat daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk memproses input kajian yang dijalankan berrhubung isu berkenaan.
"Memang dalam perhatian kita untuk dapatkan maklum balas daripada semua pihak termasuk NGO, kalau mereka ada maklumat termasuk dakwaan yang 100,000 pelajar keciciran itu, saya minta mereka datang kepada KPM bawa bersama data tersebut untuk buat intervensi bersama-sama," katanya kepada pemberita di sini hari ini
Terdahulu beliau mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian sebagai mengulas saranan sebuah NGO agar KPM merangka satu pelan pemulihan untuk membimbing pelajar sekolah yang tercicir dalam sistem pendidikan nasional.
Ketua Pegawai Eksekutif Untuk Malaysia Zul Fikri Zamir dilaporkan berkata kajian di lapangan mendapati hampir 100,000 pelajar dianggap tercicir daripada sistem pendidikan dan ia realiti yang amat membimbangkan.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata pihaknya sentiasa memandang serius isu keciciran pelajar itu malah KPM sejak dari awal lagi, menerusi tujuh teras yang dibentangkan sebelum ini, antara lain ialah menangani isu keciciran pelajar.
"Saya harap NGO itu (Untuk Malaysia) dapat datang ke KPM untuk bersama-sama berbincang kerana kita juga nak lihat program-program (berkaitan isu keciciran pelajar) yang telah dijalankan sama ada efektif atau tidak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023
Fadhlina mengadakan tinjauan di gelanggang bola keranjang Bukit Panchor, di sini iaitu lokasi Pasar Percuma 2023 Parlimen Nibong Tebal. - Foto Astro AWANI
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Penjawat awam tiada integriti tidak berhak dapat layanan sama dari kerajaan - PM Anwar
Tingkat integriti penjawat awam perlu setimpal dengan pengiktirifan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Reformasi pembangunan TVET perlu dibuat secara holistik
Reformasi pembangunan perlu dibuat secara holistik membabitkan ekosistem Pendidikan TVET sedia ada di Malaysia, kata Presiden Yayasan Mahir Malaysia, Datuk P Sri Ganesh.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Pendigitalan tidak noktahkan ekosistem penerbitan buku fizikal - KP Pendidikan
Inisiatif pendigitalan industri buku tidak akan sesekali menoktahkan ekosistem penerbitan buku secara fizikal malah sebagai pelengkap dalam memartabatkan industri berkenaan.
Kelas terapung atasi masalah sekolah padat - Fadhlina
Pelaksanaan kelas terapung di sekolah-sekolah yang mempunyai kepadatan tinggi dapat membantu mengatasi isu kesesakan pelajar.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.