Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang dibentang hari ini menggariskan dua peranan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melibatkan peranan utama dan sekunder.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang membentangkan KPP selepas sesi Pertanyaan-pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat, berkata, menerusi KPP, ATM memainkan peranan utama dalam melindungi kepentingan negara dan mempertahankan kedaulatan.
Selain itu katanya, ATM juga berperanan menjaga keutuhan wilayah daripada semua ancaman menerusi pelaksanaan operasi maritim, udara, darat dan siber-elektromegnetik.
"Peranan sekunder pula ialah melaksanakan operasi ketenteraan selain peperangan, membantu pihak berkuasa awam dalam penguatkuasaan serta sokongan usaha keamanan sejagat melalui panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," katanya.
KPP berkenaan julung kali dibentangkan kepada umum berbanding Dasar Pertahanan Negara (DPN) sebelum ini yang lebih bersifat tertutup. Ia menjadi hala tuju strategik pertahanan negara untuk tempoh 2021 hingga 2030 bagi melindungi kepentingan negara dan mempertahan kedaulatan serta keutuhan wilayah.
Sehubungan itu, Mohamad berkata, struktur dan penampilan ATM perlu dibentuk semula untuk menangani persekitaran keselamatan yang sentiasa berubah.
Walaupun kekuatan ATM dikekalkan pada saiz semasa untuk tempoh KPP ini, namun Mohamad yakin penjurusan semula dan pengutamaan akan dilaksanakan untuk memenuhi keperluan masa hadapan.
"Penekanan yang khusus akan diberikan untuk meningkatkan keupayaan bersama serta merealisasikan keperluan melaksanakan operasi dua wilayah merangkumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya.
Menurutnya, elemen penting dalam pembangunan masa hadapan ATM adalah pelaburan jangka panjang bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan ATM menerusi penyediaan aset serta kelengkapan yang diperlukan, keupayaan tenaga kerja berasaskan pengetahuan dan kemahiran bagi melahirkan askar pintar.
Beliau berkata kerajaan berhasrat membangunkan ATM sebagai angkatan bersepadu, tangkas dan berfokus di bawah lima ciri utama iaitu kebersamaan, kebolehoperasian, berasaskan teknologi, keupayaan untuk beroperasi serentak dalam dua wilayah dan berorientasikan misi. - BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019

Menerusi KPP, ATM memainkan peranan utama dalam melindungi kepentingan negara dan mempertahankan kedaulatan, kata Mohamad Sabu. - Gambar fail

Dikutuk buka purdah, bersolek, bekas isteri Virgoun minta haters block dirinya
Tindakan mantan isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli membuka purdah selepas mantap mahu bercerai menuai pro dan kontra dalam kalangan pengguna media sosial.

Spotify umum buang 200 kakitangan podcast
Spotify Technology SA mengumumkan akan mengurangkan lagi 200 tenaga kerja unit podcast dalam pusingan kedua penstrukturan syarikat tersebut.

Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Sabak Bernam.

Kanak-kanak 2 tahun dipercayai keracunan nikotin akut selepas tertelan cecair vape
Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh kerana memerlukan bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 5 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Langkah adaptasi dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang - Pengarah Eksekutif UN-Habitat
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pengarah Eksekutif UN-Habitat, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata langkah adaptasi iklim dan mitigasi iklim mesti bermula sekarang.

China komited kepada kedamaian kerjasama dan pembangunan
China akan memelihara kedamaian dunia dengan tindakan konkrit di samping aktif menyumbang untuk menawarkan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa.

Bayaran Insentif Wilayah ganti BISS, BISM untuk anggota tentera bermula 1 Julai - Anwar
Kerajaan bersetuju meluluskan pemanjangan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) bagi menggantikan Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) dan Bayaran Insentif Semenanjung (BISM) kepada anggota ATM.

ATM perlu mantapkan pengurusan atasi kes buli - Mohamad
Setiap organisasi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memantapkan pengurusan bagi mengurangkan sekali gus mengatasi masalah buli dalam kalangan anggota.

LIMA'23: Pertunjukan aerobatik dari lima negara bakal gegarkan ruang udara Langkawi
Sebanyak lima pasukan aerobatik dari pelbagai negara bakal menggegarkan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) yang akan berlangsung pada Mei ini.

Keselamatan sempadan fokus utama - Tentera Thailand
Tentera Diraja Thailand (RTA) menegaskan situasi di sempadan Thailand-Malaysia sentiasa dipantau serta menjadi fokus utama kerajaan demi keselamatan penduduk di kedua-dua negara.

10,000 veteran ATM dijangka terima PJM setahun
Peningkatan jumlah penerima pingat berkenaan ekoran pelaksanaan perluasan kuasa pengurnia dalam kalangan panglima perkhidmatan ATM.

Istiadat Pertabalan Raja Charles III: Kontinjen ATM sertai perbarisan
Kontinjen 1 RAMD berlepas pada 27 April lalu untuk menjalani latihan dan raptai melibatkan seramai dua orang pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat.

Gaji tidak setara antara faktor bukan bumiputera tidak minat sertai TDM - PTD
Struktur gaji bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) yang tidak setara dengan syarikat swasta antara punca bukan bumiputera tidak berminat untuk menyertai pasukan keselamatan negara.

Jenazah Korporal Mohammad Nasri dikebumikan mengikut istiadat ATM
Jenazah Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di sini.

Anwar rai warga JPM, petugas barisan hadapan di majlis iftar
Anwar hari ini meraikan lebih 1,000 warga JPM dan petugas barisan hadapan di majlis iftar Perdana Menteri bersama JPM dan Petugas Barisan Hadapan di Puspanitapuri di sini.

Bukan Bumiputera dalam ATM kurang 3 peratus
Faktor kerja yang susah dan gaji yang rendah dikenal pasti punca, komuniti bukan bumiputera kurang minat menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).