Sikap ibu bapa yang tidak banyak meluangkan masa untuk berinteraksi dengan anak-anak menjadi antara punca berlakunya simptom kemurungan atau tekanan yang teruk membabitkan kanak-kanak itu sendiri.
Itu tegas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh ketika mengulas berkenaan kes kematian membabitkan seorang pelajar Tingkatan Satu di Pulau Pinang yang dipercayai membunuh diri pada Sabtu.
Menurut Hannah, ibu bapa juga harus mengenalpasti perbezaan sikap anak-anak mereka bagi mencegah tanda-tanda awal yang akan menjurus kepada masalah tekanan yang lebih teruk.
BACA: Pelajar 13 tahun meninggal dunia selepas ditemui tergantung
Tambah Hannah, sikap ibu bapa ketika ini yang lebih mementingkan gajet harus dibendung dalam mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih harmoni dan selamat.
"Apa yang kita hendak uar-uarkan pada masyarakat adalah beri perhatian kepada simptom kemurungan dimana anak tidak hendak bercakap, anak selalu mengasingkan diri di dalam bilik, bila makan tidak cakap semua, main telefon sahaja.
“Ini adalah simptom awal dimana kekurangan pertalian keluarga, persaudaraan juga, apa yang kita lihat sekarang adalah orang ramai sudah meluangkan masa seperti dulu untuk bersama keluarga, sekarang ini semua ada break down keluarga dan masing masing ada gajet, semua persahabatan pun online saja, Facebook jadi kurang interaksi, interaksi sebenar, jadi apa yang kita suka adalah intergenerational activities," katanya ketika ditemui media selepas Program Amal Santuni OKU di Rumah Amal Kulim, pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Hannah turut menjelaskan pihak kementerian ketika ini sedang berusaha untuk meningkatkan jumlah "lay counsellor" yang dianggarkan sekitar 11,000 orang pelatih ketika ini.
Tegasnya, kewujudan "lay counsellor" terutama dalam kalangan komuniti setempat dilihat sebagai cara terbaik dalam menangani simptom-simptom kemurungan dengan beberapa teknik asas kaunseling turut disediakan pihak kementerian.
Pada Sabtu, seorang pelajar Tingkatan Satu, ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai bertindak menggantung diri di dalam bilik air rumanya di Flat Jalan Paya Terubong, George Town, Pulau Pinang.
Berdasarkan hasil siasatan terhadap pelajar terbabit, mendapati mangsa dikatakan kurang berminat untuk belajar selain dibebani dengan kerja sekolah yang terlalu banyak.
Abdul Hadi Che Awang
Thu Aug 29 2019
Menurut Hannah, Hannah, sikap ibu bapa ketika ini yang lebih mementingkan gajet harus dibendung dalam mewujudkan suasana kekeluargaan yang lebih harmoni dan selamat. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
KPM pandang serius peningkatan pelajar cenderung bunuh diri, trend 'barcode'
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata peranan kaunselor dan ibu bapa penting dalam membendung tindakan sedemikian di peringkat awal.
CMCF kerjasama bangun garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
Usaha itu dilakukan dengan kerjasama pemain industri, pejuang kesihatan mental, pengamal perubatan dan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental.
Amalkan Bahasa Melayu beradab, pelihara maruah bahasa kebangsaan - Pakar
Penggunaan Bahasa Melayu secara tidak berhemah, terutama di platform media sosial, semakin meresahkan masyarakat Malaysia.
Meta, Snap, TikTok bekerjasama banteras kandungan mengenai kecederaan kendiri, bunuh diri
Tiga platform media sosial terbesar sedang bekerjasama untuk menangani kandungan dalam talian yang memaparkan bunuh diri dan mencederakan diri sendiri, umum Meta pada Khamis.
Rangkaian keganasan rekrut remaja melalui media sosial disiasat - Polis Indonesia
Polis Indonesia sedang menyiasat bagaimana rangkaian keganasan menggunakan media sosial untuk merekrut ahli selepas penahanan seorang suspek berusia 19 tahun di Batu, Malang, Jawa Timur.
Wanita racun lima orang sebelum bunuh diri dengan sianida - Polis Bangkok
Polis percaya seorang daripada enam pelancong, dua daripadanya juga memegang pasport Amerika Syarikat, adalah dalang di sebalik tragedi itu.
Ada nilai komersial, platform media sosial utamakan hantaran berunsur kebencian - KRYSS Network
Nabila berkata algoritma platform media sosial membolehkan pengguna yang terlibat dalam hantaran negatif menjadi lebih tular dan popular.
MCMC perlu pantau siaran langsung TikTok - Ahli Dewan Negara
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memantau siaran-siaran langsung yang dilakukan di platform TikTok.
Bunuh diri: Lebih 48,000 panggilan diterima Talian 15555 - Ahmad Zahid
Terdapat peningkatan kes bunuh diri dilaporkan pada tahun lepas iaitu sebanyak 1,087 kes berbanding 981 kes pada tahun sebelumnya.