Orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan dari berada di luar rumah terutama di kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, orang ramai juga perlu mengurangkan aktiviti riadah luar serta memakai penutup hidung dan mulut sekiranya berada di luar rumah.
"Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka. Mereka turut diminta tidak membiarkan tanah atau premis dimasuki atau dicerobohi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka untuk tujuan tertentu atau tidak sengaja.
"Orang ramai juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran dan melaporkan kes kepada jabatan perkhidmatan bomba dan penyelamat atau jabatan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelas Wan Junaidi, perintah larangan pembakaran terbuka (PLPT) bagi seluruh negeri Johor juga sudah dikeluarkan pada 25 September lepas.
"Sementara PLPT bagi Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikeluarkan semenjak Mac sehingga kini masih berkuatkuasa.
"Melalui larangan pembakaran terbuka ini, semua aktiviti pembakaran terbuka di kawasan-kawasan yang berkenaan adalah dilarang sama sekali.
"Bagaimanapun ia dikecualikan kepada pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, gril atau barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar," ujarnya.
Sehingga 3 Oktober, sebanyak 3,439 kes pembakaran terbuka telah dikesan di seluruh negara.
"Satu mesyuarat khas bagi membincangkan keadaan jerebu yang diadakan pada 18 September bertujuan memantau perkembangan terkini keadaan jerebu. Ia turut menyelaras tindakan-tindakan yang sedang dan telah diambil oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana jerebu," katanya.
Jelasnya lagi, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menjalankan operasi pembenihan awan sebelum ini.
"Operasi yang dilakukan pada 15 hingga 17 September itu merupakan tindakan untuk mengurangkan kesan jerebu di Semenanjung dan Sarawak. Bagaimanapun operasi di negeri Sarawak diteruskan sehingga 23 September," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Sun Oct 04 2015
WAN JUNAIDI: Semua pihak dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka. - Foto AWANI / SHAHIR OMAR
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
AWANI Tonight: Astro's turnaround, new TV packs, and Premier League rights
Astro Malaysia Holdings Bhd reported a net profit of RM46.94 million for Q3 2024, introduced new TV packs, and renewed Premier League and FA Cup broadcasting rights through 2028.
AWANI Tonight: Govt probes alleged mishandling of deceased baby’s body
The Health Ministry has launched an investigation into the claim that a private hospital stored a newborn’s body in a freezer for two weeks, due to the father’s inability to pay the medical bills.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Paras tiga sungai di Kuantan lebihi paras bahaya
Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat.
Banjir Johor: Tiga sungai rekod paras bahaya
Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.
Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
Sebanyak lapan stesen kendalian JPS membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.
Paras Sungai Padang Terap masih melebihi paras bahaya
Paras Sungai Padang Terap, di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatat penurunan bacaan iaitu 13.40 meter (m) setakat pukul 7 malam ini, bagaimanapun ia masih melebihi paras bahaya.