IPOH: Tiga premis yang menjalankan perkhidmatan refleksologi diserbu oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam Op Refleksologi di sekitar bandar raya ini baru-baru ini.
Menurut Bahagian Penguatkuasaan JAIPk, operasi yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota JAIPk itu bermula jam 6 petang dan selesai pada jam 4 pagi.
Katanya, dalam serbuan itu, empat lelaki beragama Islam yang dipercayai sedang melanggan khidmat urutan batin dan sembilan wanita dipercayai bekerja sebagai tukang urut ditahan.
"Sebanyak tiga premis berasingan diserbu oleh sepasukan pegawai dan anggota JAIPk dalam Op Refleksologi yang diadakan pada 24 Jan lepas.
"Serbuan itu membabitkan tiga premis, masing-masing di Jalan Mustapha Al Bakri (pekan Ipoh), Jalan Medan Ipoh (berhampiran MH Hotel) dan Bandar Botani," menurut kenyataan dikeluarkan semalam.
Sehubungan itu, katanya, kesemua mereka ditahan dan dibawa balik ke pejabat untuk tindakan lanjut.
Jelasnya, kes disiasat mengikut kesalahan Khalwat (denda tidak melebihi RM3,000) Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah (1992) dan kesalahan Menggalak Maksiat (denda tidak melebihi RM5,000) di bawah Seksyen 29 enakmen yang sama.
Aida Aziz
Sat Jan 27 2024
Serbuan JAIPk dalam Op Refleksologi pada 24 Jan lalu membabitkan premis di tiga lokasi iaitu di Jalan Mustapha Al Bakri, Jalan Medan Ipoh dan Bandar Botani. - Foto Bahagian Penguatkuasaan JAIPk
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
Musa Hitam lancar buku Ku Li
Veteran UMNO Tun Musa Hitam melancarkan buku bertajuk KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik rakan seperjuangannya, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
MBJB beku permohonan lesen spa, rawatan urutan tradisional dan refleksologi
Majlis Bandaraya Johor Bahru membekukan semua permohonan lesen baharu perniagaan spa, rawatan atau urutan tradisional dan refleksologi berkuat kuasa hari ini.
Langgan khidmat urutan batin: JAIPk tahan 4 lelaki Islam, 9 wanita
Operasi yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota JAIPk itu bermula jam 6 petang dan selesai pada jam 4 pagi.
Usia bukan penghalang wanita tertua Malaysia terus tabur bakti kepada masyarakat
Dilahir dan dibesarkan di Thachambadi, India, Annamah membawa bersama ilmu serta pengalaman berkaitan herba tradisional India semasa berhijrah ke Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua meletus.
Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.
Pusat urut, spa, pedicure, manicure dibenarkan kembali beroperasi
Pusat refleksologi, spa, pusat urut, pusat kesihatan (wellness), perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan beroperasi semula bagi merancakkan kembali industri pelancongan.
Pusat spa, refleksologi di Sarawak dibenar beroperasi semula
Pusat SPA, refleksologi dan seumpamanya di Sarawak dibenarkan beroperasi mulai esok dengan memenuhi syarat yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
61 individu ditahan ingkar PKPP - Ismail Sabri
Sebanyak 61 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang memasuki hari ketujuh pada Selasa.
Cacat penglihatan bukan halangan buka pusat urut
Mohd Azmi Md Rejab, 57, lebih dikenali Pak Selamat merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan sejak dilahirkan.
Lelaki maut ketika diurut di pusat refleksologi
Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri ketika diurut di sebuah pusat refleksologi di Miri, lewat malam tadi.