KUALA LUMPUR: Langkah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) membawa pulang pendapatan pelaburan asing sebagaimana saranan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan tekanan terhadap ringgit telah menampakkan kesan positif, kata Gabenor Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata BNM mendapati usaha preventif itu memberikan hasil positif dan kesan serta-merta sekali gus mengukuhkan permintaan terhadap ringgit sepanjang Februari.
"Kami tidak dapat mendedahkan institusi dan jumlah yang mereka bawa pulang namun, mereka dapat membawa pulang (jumlah) sangat konsisten setiap hari," katanya kepada pemberita pada taklimat mengenai penerbitan laporan BNM di sini, pada Rabu.
Beliau berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Hasil penglibatan bank pusat, peniaga pertukaran mata wang asing yang sependapat bahawa ringgit berada di bawah nilai, bersetuju untuk mengekalkan pegangan ringgit bagi tempoh lebih panjang, katanya.
Terdahulu semasa taklimat itu, Abdul Rasheed berkata kenaikan kadar dasar yang lebih besar di negara lain berbanding Malaysia merupakan antara faktor utama yang menyebabkan penyusutan nilai ringgit berbanding mata wang lain.
"Negara lain telah meningkatkan kadar faedah mereka secara lebih agresif berbanding Malaysia sejak 15 Mac, 2022. Skala kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia berada pada 125 mata asas.
"Contohnya AS telah meningkatkan kadar dasarnya sebanyak 525 mata asas daripada 0.25 kepada 5.50 peratus sejak 15 Mac, 2022. Sementara itu, OPR hanya meningkat sebanyak 125 mata asas daripada 1.75 kepada 3.00 peratus dalam tempoh yang sama," katanya.
Beliau berkata skala kenaikan kadar dasar AS yang lebih besar berbanding OPR Malaysia dikaitkan dengan penyusutan 10.5 peratus ringgit berbanding dolar AS setakat 15 Mac, 2024.
Mengulas lanjut, Abdul Rasheed berkata kemerosotan nilai ringgit adalah sementara dan disebabkan oleh faktor luaran.
Sejak awal 2024, ringgit telah susut daripada RM4.60 setiap dolar AS kepada RM4.79 setiap dolar AS pada 20 Februari walau bagaimanapun, mata wang tempatan meningkat semula kepada RM4.70 setiap dolar AS setakat 15 Mac, katanya.
Beliau berkata dalam memandang ke hadapan, pasaran kewangan menjangkakan ringgit terus meningkat sehingga 2024 dan meneruskan aliran menaik apabila kesan faktor global semakin reda.
"Sebahagian penganalisis membuat unjuran lebih jauh iaitu sehingga 2025 dan menilai ringgit akan terus mengukuh.
"Selain itu, pemulihan pertumbuhan negara serantau juga dijangka meningkatkan aliran masuk ke rantau ini, memberi manfaat kepada Malaysia dan ringgit," katanya.
Beliau berkata di samping itu, dalam pasaran domestik, prospek ekonomi yang menggalakkan dan pelaksanaan reformasi struktur dijangka memberikan sokongan kepada ringgit.
Namun begitu, BNM kekal berwaspada terhadap faktor yang boleh meningkatkan risiko penyusutan ringgit seperti momentum pertumbuhan China yang lebih perlahan dan harga komoditi global yang sederhana, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour ketika Pembentangan dan Sidang Media Laporan Tahunan 2023 BNM di Sasana Kijang, hari ini. - Foto BERNAMA
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki nombor satu Malaysia Lee Zii Jia selangkah untuk memenangi gelaran pertamanya tahun ini.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Ia selepas zii jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Sebanyak 84 balai bomba baharu diperlukan dalam usaha meningkatkan kualiti, kemampuan dan kecekapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negara.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.