IPOH: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah tiga tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Amirul Md Idrus, 32, yang bertugas di Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.
Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa secara rasuah meminta suatu suapan iaitu wang sebanyak RM10,000 daripada Muhammad Zubairi Hashim sebagai dorongan untuk tidak mendedahkan aktiviti pemprosesan air ketum yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Mengikut pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukan di sebuah restoran di Jalan Teluk Rubiah, Kampung Permatang, Seri Manjung lebih kurang jam 10.45 malam pada 5 Mei 2021.
Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Bagi pertuduhan kedua pula, Muhammad Amirul didakwa secara rasuah memperoleh suapan iaitu wang tunai RM2,000 daripada individu sama sebagai dorongan tidak mendedahkan aktiviti pemprosesan air ketum yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Persiaran Venice Intan, Desa Manjung Raya Lumut lebih kurang jam 4.35 petang pada 4 Jun 2021.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor menawarkan jaminan RM30,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin.
Namun peguam tertuduh, Farhan Fadzil merayu agar jumlah dikurangkan atas alasan menanggung isteri yang tidak bekerja bersama dua anak masing-masing berusia enam dan dua tahun dengan gaji RM2,400 sebulan.
Menurut Farhan, tertuduh juga menerima gaji terakhir bulan ini memandangkan akan digantung kerja bermula esok selain memberi jaminan anak guamnya tidak akan melarikan diri kerana tidak pernah memiliki pasport.
Hakim Datuk Ibrahim Osman kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin manakala perlu melapor diri pada 1 hari bulan setiap bulan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Taiping.
Mahkamah turut menetapkan 29 Mac depan sebagai sebutan semula kes.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 28 2024
Tertuduh, Muhammad Amirul Md Idrus mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. - Foto Sinar Harian
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
Perlekeh lans koperal: Anggota polis wanita digantung tugas sejak minggu lepas - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dua kertas siasatan juga sudah dibuka di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Hina lans koperal: Pegawai polis wanita ditahan di Gombak
Polis mengesahkan telah menahan seorang anggota polis wanita yang tular sebelum ini mengeluarkan kata-kata kurang sopan serta menghina anggota bawahan polis.
Hina lans koperal: Pegawai polis wanita dipanggil bantu siasatan
Seorang wanita yang didakwa mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan kepada anggota polis menerusi video tular dipanggil untuk memberi keterangan.
'Kau lans koperal tak layak cakap dengan aku'
Tular video memaparkan seorang wanita didakwa mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anggota polis dalam kejadian baru-baru ini dipercayai berlaku di sekitar kawasan Gombak.
Isteri maut dipercayai ditembak anggota polis berpangkat Lans Koperal
Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di Kangar hari ini.
Lans Koperal mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan rasuah
Norazmi Afiq juga berhadapan dakwaan meminta suapan berjumlah RM10,000 iaitu masing-masing RM5,000 daripada dua individu.
Inspektor, 2 lans koperal ditahan minta rasuah daripada suspek kes dadah
Seorang inspektor dan dua lans koperal polis ditahan kerana dipercayai meminta rasuah RM15,000 daripada tahanan sebagai balasan melepaskannya daripada kesalahan memiliki dadah.
Lans koperal didakwa ambil rasuah RM500 berkaitan pekerja asing
Tertuduh, Mohd Rosdi Muhammad, 32 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaludin Mat.
Dua anggota polis terima rasuah bulanan ditahan
Ini susulan daripada penahanan seorang anggota polis berpangkat lans koperal semalam, kata sumber.