awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan positif COVID-19

Bernama
Bernama
20/10/2020
14:10 MYT
Lapan penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan positif COVID-19
Lapan warga emas penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini disahkan positif COVID-19 dan semua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - Bernama
KEPALA BATAS:Lapan warga emas penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan di Pongsu Seribu, di sini disahkan positif COVID-19 dan semua mereka kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata kes pertama di pusat jagaan warga emas itu membabitkan seorang wanita berusia 69 tahun yang baharu masuk pada 12 Okt lepas.
"Wanita itu adalah penghuni baharu di situ dan dia yang mempunyai gejala telah disaring dan ujian mendapati warga emas tersebut positif COVID-19.
"Berikutan itu pihak Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas kontak rapat dan mendapati tujuh lagi penghuni terdiri daripada warga emas wanita turut positif wabak itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Semalam Bernama melaporkan, Pusat Jagaan Darul Hanan mengambil langkah segera mengasingkan dan arahan kuarantin ke atas penghuni serta pekerja yang mempunyai kontak rapat dengan sejumlah warga emas dipercayai dijangkiti COVID-19.
BACA: Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang berkata berikutan tujuh kes positif, KKM menjalan ujian saringan COVID-19 ke atas semua 79 penghuni serta 33 kakitangan pusat jagaan berkenaan.
Katanya, laluan keluar masuk ke pusat berkenaan diperketatkan di samping langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan pandemik dalam kalangan penghuni dan kakitangan pusat jagaan itu.
"Semua kakitangan dan penghuni tidak dibenarkan keluar dari pusat itu, mereka dikuarantin dan orang ramai juga tidak boleh masuk (pusat jagaan) sehingga keadaan mengizinkan. Setakat ini, semua peralatan asas mencukupi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr. Norlela Ariffin mengesahkan lapan kes positif COVID-19 di Pusat Jagaan Darul Hanan itu adalah daripada Kluster Alma.
Sehingga hari ini, Kluster Alma merekodkan 17 kes positif COVID-19.
Darul Hanan boleh menampung jumlah maksimum warga emas seramai 200 orang dan dibina di bawah pembiayaan Yayasan Bukhary di atas sebahagian tanah MAINPP seluas 3.2 hektar bagi penempatan dan penjagaan warga emas Islam lelaki dan perempuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Jagaan Darul Hanan
#Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman
#Hospital Pulau Pinang
#warga emas
#ujian saringan
#keselamatan
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kes positif
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan