Lapan warga Indonesia diusir pulang oleh Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, berikutan salah seorang daripada mereka dipercayai menyimpan gambar berunsur kumpulan militan Daish di dalam telefon bimbit.
Menurut sumber, kumpulan itu ditahan pihak berkuasa Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodland, Singapura kira-kira 1.30 pagi Selasa.
"Ketika pemeriksaan, pihak Imigresen Singapura menemui gambar-gambar kumpulan militan Daish serta gambar bom buatan tangan menggunakan kasut pada telefon bimbit salah seorang suspek.
"Pihak berkuasa Singapura kemudian meletakkan mereka pada status 'Di Larang Masuk' (NTL) ke republik itu, sebelum kesemua mereka diserahkan kepada polis Malaysia untuk menjalankan siasatan lanjut," katanya.
Sumber itu berkata polis telah menahan kumpulan berkenaan dari 2.30 pagi hingga 9 pagi, dan hasil soal siasat mendapati, suspek memperoleh gambar berkaitan Daish melalui satu kumpulan Whatsapp yang disertainya.
"Selepas siasatan dijalankan, suspek telah diusir ke Batam, Indonesia dengan menaiki sebuah feri sebelum ditahan dua jam kemudian oleh Polis Republik Indonesia (POLRI) dan Polis Daerah Riau untuk siasatan susulan," katanya.
Difahamkan, kesemua suspek yang merupakan penuntut Sekolah Pondok, Darul Hadits, Bukit Tinggi, Sumatera Barat, Indonesia, berada di negara ini sejak 3 Jan lalu bagi mendapatkan rawatan kesihatan salah seorang daripada mereka.
Bagaimanapun empat hari kemudian, mereka bermalam di Perlis sebelum menuju ke Pattani, Thailand untuk belajar mengenai sistem pendidikan di Lembaga Pendidikan Islam di daerah berkenaan.
Menurut sumber, kesemua suspek kembali ke negara ini pada Isnin lalu bagi memasuki Singapura menerusi pintu sempadan Johor.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017
Kumpulan itu ditahan pihak berkuasa Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Woodland, Singapura kira-kira 1.30 pagi Selasa. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Anggota polis maut dipercayai tertembak dalam operasi di Hutan Simpan Sik
Seorang individu yang bersama dengan mangsa kemudian memberitahu berlaku insiden tertembak yang mengenai mangsa.
Ayob Khan dedah terima ancaman bunuh daripada Daish
Ayob Khan berkata, ugutan bunuh yang diterima bukan saja daripada kumpulan pengganas Daish Malaysia, bahkan dari Indonesia
Polis puas hati siasatan 12 tahanan LTTE - Ayob Khan
Polis berpuas hati dengan siasatan kes berhubung 12 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam
LTTE: Lima lagi suspek ditahan termasuk guru
Seorang suspek ditangkap di Telok Panglima Garang, Selangor, dua di Durian Tunggal Melaka, dan dua lagi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Lima lagi individu ditahan disyaki terlibat LTTE
Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman menahan dua suspek di Melaka, dua lagi di Pulau Pinang dan seorang di Selangor.
Tangkapan LTTE: Jangan cabar polis, kita akan ambil tindakan jika cukup bukti - Ayob Khan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengingatkan semua pihak agar tidak terlibat dalam aktiviti membabitkan kumpulan penganas Hari
Lapan warga Indonesia diusir, simpan gambar unsur militan Daish
Lapan warga Indonesia diusir pulang oleh Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas, Bukit Aman, berikutan salah seorang daripada mereka dipercayai menyimpan gambar berunsur kumpulan militan Daish.