KUALA LUMPUR: Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678, demikian menurut kenyataan agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) pada Khamis.
Kenyataan itu memaklumkan skor CTOS ialah nombor tiga digit yang mewakili kelayakan kredit pengguna berdasarkan bayaran dan pengurusan kredit individu antara julat 300 hingga 850 dengan semakin tinggi skor, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan kredit.
"Meskipun berdepan dengan pandemik, tahap kesihatan kewangan masih berada dalam kategori skor kredit 'sederhana' iaitu ia masih berpotensi dari sudut permohonan kredit.
"Kadar penggunaan kad kredit yang kekal pada sekitar 24 peratus juga menunjukkan bahawa pengguna secara umumnya tidak perlu menambahkan pembelanjaan kredit tanpa cagaran untuk menempuh hidup sepanjang masa yang sukar tersebut," menurut kenyataan itu.
Menurut CTOS, laporan tersebut menggunakan sampel meliputi lebih 1.4 juta pengguna individu CTOS dan dikeluarkan dengan kerjasama Monash University Malaysia (Monash) School of Business.
"Walaupun pada amnya skor 678 bermakna kebanyakan warga Malaysia layak mendapat produk-produk kewangan bergantung kepada tahap risiko pemberi pinjaman, mereka berkemungkinan tidak akan mendapat tawaran kredit terbaik di pasaran berbanding dengan mereka yang mempunyai skor kredit di kategori 'baik ke cemerlang'. Kategori skor kredit 'baik' bermula dari 697," menurut kenyataan itu.
CTOS memaklumkan, berbanding dengan negara lain di peringkat global, Malaysia masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang mempunyai skor kredit purata 716.
Kadar penembusan biro kredit di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Indonesia, iaitu hanya 20 hingga 25 peratus penduduknya mempunyai profil kredit, atau Thailand, yang menurut kajian yang dijalankan baru-baru ini oleh FICO menunjukkan 67 peratus pengguna di Thailand tidak berpuas hati dengan kredit generik (umum) yang ditawarkan oleh bank mereka, disebabkan tiada permarkahan kredit.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Erick Hamburger dalam kenyataan sama berkata misi CTOS adalah untuk memperkasakan individu dan juga perniagaan untuk mendapat akses kepada kredit dan mengawal masa depan kewangan mereka.
Sementara itu, Ketua Monash School of Business Prof Dr Nafis Alam berkata statistik menunjukkan bahawa pada tempoh masa sukar, kumpulan berpendapatan lebih rendah (B40) mempunyai kadar penggunaan kad kredit lebih tinggi iaitu 34.2 peratus , jauh lebih tinggi daripada purata negara iaitu 23.7 peratus demi menampung kewangan mereka.
"Selain kumpulan pendapatan, trend juga menunjukkan bahawa generasi lebih muda (Gen Y dan Z) menggunakan kad kredit jauh lebih kerap daripada sebelumnya, berkemungkinan disebabkan desakan sosial, ini lantas meningkatkan tabiat berbelanja," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2023
Laporan tersebut menggunakan sampel meliputi lebih 1.4 juta pengguna individu CTOS dan dikeluarkan dengan kerjasama Monash School of Business. - Foto fail
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Penarafan kredit tidak tepat: Ini penjelasan CTOS
Berikut penjelasan CTOS Digital Bhd berkait tanggungjawab serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat itu.
CTOS fail rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi - Peguam
Rayuan itu dikemukakan pada 8 Mac, sehari selepas keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Akhtar Tahir.
Penarafan kredit tidak tepat: CTOS diarah bayar RM200,000 kepada pengarah resort
Mahkamah Tinggi telah memerintahkan CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) membayar pampasan sebanyak RM200,000 kepada pengarah sebuah resort susulan penarafan kredit yang tidak tepat.
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia dalam keadaan baik - CTOS
Tahap kesihatan kewangan rakyat Malaysia kini berada dalam landasan yang baik meskipun berdepan dengan cabaran pasca pandemik, kata Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS), Eric Chin.
Laporan Kredit Pengguna CTOS 2022 tunjuk pertambahan positif
Laporan Kredit Pengguna CTOS Malaysia bagi 2022 menunjukkan pertambahan positif dalam purata skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678.
Sihat Kredit Malaysia Inisiatif kelolaan SEDIMI dan CTOS sasar galak lebih ramai milik rumah
Aplikasi Sihat Kredit Malaysia Inisiatif (SKMI) membolehkan pengguna mendapatkan maklumat lebih tepat mengenai status kewangan mereka.
Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."
CTOS tawar semakan laporan kredit percuma beserta CCRIS
Inisiatif berbentuk CSR ini bertujuan menggalakkan lebih ramai individu mengambil langkah pertama dalam menguruskan kewangan.
CTOS disenaraikan pada premium 36.4 peratus
CTOS Digital Bhd mencatatkan prestasi permulaan penyenaraian yang kukuh di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.50, iaitu premium 36.4 peratus atau 40 sen daripada harga terbitan RM1.10.
4,632 anak Perak belum bayar pinjaman pengajian
Kerajaan negeri juga perlu memikirkan mengenai masa depan untuk anak-anak Perak lain yang mahu memohon pinjaman berkenaan.