TANAH MERAH: Seorang lelaki sanggup melarikan diri sejauh 2 kilometer (km) daripada ditahan polis selepas memandu kereta tamat cukai jalan serta tidak memiliki lesen memandu pada Khamis.
Bagaimanapun lelaki berusia 30-an yang bekerja sendiri itu berjaya ditahan di Kampung Kusial Bharu di sini.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, pada jam 3 petang semasa anggotanya sedang menjalankan Op Selamat 22 di simpang tiga Taman Kota Harmoni, sebuah kereta jenis BMW telah membuat pusingan u di tempat yang tidak dibenarkan.
"Semasa ingin ditahan suspek telah memecut kenderaan secara melulu sehingga merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.
"Lelaki terbabit berjaya ditahan di Kampung Kusial dan hasil pemeriksaan lanjut di dalam but kereta telah menjumpai satu kotak mengandungi mercun pelbagai jenis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Menurut beliau, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk tindakan lanjut.
Ujarnya, siasatan mendapati suspek mengaku melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada 8 Oktober 2021.
Mohd Haki memberitahu, suspek juga mengaku memiliki mercun untuk kegunaan sendiri.
"Kes disiasat bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 12 2024
Seorang lelaki sanggup melarikan diri sejauh 2 kilometer (km) daripada ditahan polis selepas memandu kereta tamat cukai jalan serta tidak memiliki lesen memandu pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Lari sejauh 2km sebab tak ada lesen, 'road tax' mati
Siasatan mendapati suspek mengaku melarikan diri kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh pada 8 Oktober 2021.
JPJ akhiri penantian 40 tahun warga emas dapat lesen
Henry yang berasal dari Kampung Sungai Kut Muara, Dalat merupakan peserta paling tua program itu hanya berpendidikan setakat darjah tiga pada tahun 1970-an.
Pemandu van sekolah tiada lesen bagi alasan sibuk
Sebanyak 72 buah bas sekolah diperiksa, 34 kenderaan diambil tindakan dengan 53 notis saman dikeluarkan.
Pembaharuan lesen memandu, kenderaan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb - Loke
Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia dan Lesen Kenderaan Motor boleh dilaksanakan melalui aplikasi MyJPJ bermula 1 Feb ini.
'Scammer' guna media sosial iklan lesen memandu murah, mudah - JPJ
JPJ mengesan kegiatan sindiket penipuan di media sosial termasuk Facebook dan Telegram yang menjanjikan pengeluaran 'lesen terbang'.
Op Patuh: Lebih 1,100 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya - JPJ
Antara kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya ialah tidak mempunyai lesen memandu.
Malaysia, Singapura bincang iktiraf cukai jalan digital, lesen memandu bersama
Dasar membolehkan pengiktirafan bersama cukai jalan digital dan lesen memandu adalah untuk kemudahan rakyat kedua-dua negara.
Bayaran 'online' lesen memandu, cukai jalan masih dalam fasa ujian - Anthony Loke
Pembayaran secara dalam talian bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) akan diumumkan selepas pelaksanaan Bukti Konsep (POC) mengenainya selesai.