SINGAPURA: Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Turut mengangkat sumpah ialah barisan kabinet baharu termasuk bekas Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta Teo Chee Hean yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan, dan Gan Kim Yong serta Heng Swee Keat sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Saudara-saudari sekalian, malam ini saya mengambil alih sebagai Perdana Menteri dari Encik Lee. Saya berasa rendah diri dan berbesar hati kerana diamanahkan dengan tanggungjawab ini. Saya berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin bagi semua rakyat Singapura.
“Kita hidup dalam dunia yang sering bergelora dan tidak menentu. Walaupun masa hadapan semakin mencabar, tetapi banyak juga peluang baharu. Sebagai rakyat yang bersatu-padu, saya yakin, kita boleh merebut peluang-peluang tersebut demi membina Singapura yang lebih baik.
“Sebagai Perdana Menteri saya akan turun padang mendekati rakyat dan berkerja keras untuk memperbaik mutu kehidupan anda. Ayuh kita berganding bahu dan bersatu hati untuk bersama-sama melakar masa hadapan baharu yang lebih cerah bagi semua,” kata pemimpin Kumpulan 4G itu lagi.
Wong berkata, beliau merupakan Perdana Menteri pertama yang lahir selepas kemerdekaan Singapura, termasuk sebahagian besar ahli Kumpulan 4G, dan beliau akan memimpin Singapura dengan cara tersendiri, tanpa mengabaikan nilai utama seperti bebas rasuah, meritokrasi, pelbagai kaum, keadilan dan kesaksamaan.
Tegasnya lagi, beliau sama sekali tidak akan berpegang kepada status quo, tetapi terus berusaha mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Singapura.
Pada 13 Mei lepas, Wong telah mengumumkan beberapa pembaharuan dalam barisan Kabinetnya, yang beliau sifatkan pengimbangan di antara kesinambungan dan pembaharuan kepimpinan.
Lee akan kekal sebagai Pengerusi Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan, manakala Teo akan kekal dengan portfolio Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.
Bagi Timbalan Perdana Menteri, Gan, beliau akan memangku jawatan Perdana Menteri semasa ketiadaan Wong, selain memegang portfolio sebagai Penguasa Kewangan Singapura dan Ahli Kumpulan Strategi Pejabat Perdana Menteri, manakala Heng memegang portfolio sebagai Menteri Koordinasi untuk Polisi Ekonomi.
Terdahulu Tharman dalam ucapannya berkata, beliau yakin Wong mampu memimpin Singapura mengharungi laluan antarabangsa yang berbeza, sambil mengiktiraf kemampuan Perdana Menteri itu dalam membentuk polisi ekonomi dan sosial.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan Lee yang luar biasa, dan telah meningkatkan status republik itu ke tahap yang tinggi, biarpun dikekang dua krisis utama seperti krisis ekonomi 2008 dan COVID-19 pada 2020.
Firdaus Azil
Wed May 15 2024
![Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715776284_tbLawrenceWong.jpg)
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Rabu. - Foto tangkapan layar
AWANI Tonight: 1.7 mil "nusuk" cards issued for smooth Hajj process
In preparation for the 2024 Hajj season, the Saudi Arabian government has issued 1.7 million "nusuk" cards. Astro AWANI News Editor Shafizan Johari shares about the issuance of the cards.
AWANI Tonight: First International 5-Star Resort opens on the East Coast
The Marriott Perhentian, the first five-star resort on the East Coast, is set to elevate state tourism and boost the local economy through job creation and increased business opportunities.
AWANI Tonight: Targeted diesel subsidies needed to save M'sia - PM
Although the decision is unpopular, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim says that targeted subsidies are being implemented to save the country.
![Kerajaan bakal laksana kajian, anjur persidangan mengenai dasar keselamatan dalam talian - Azalina Kerajaan bakal laksana kajian, anjur persidangan mengenai dasar keselamatan dalam talian - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71701684783_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Kerajaan bakal laksana kajian, anjur persidangan mengenai dasar keselamatan dalam talian - Azalina
Kerajaan merancang untuk membangunkan hala tuju dasar perundangan yang komprehensif bagi menangani subjek rumit ini dalam masa terdekat.
![Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan di Inanam Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan di Inanam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718034147_ACPKasimMuda.jpg)
Polis nafi pihak berkuasa bakar rumah setinggan di Inanam
Polis menafikan dakwaan dalam video yang tular di media sosial kononnya pihak berkuasa bertindak membakar rumah setinggan bersebelahan Kampung Kalansanan, Inanam di sini hari ini.
![Isu Gaza: AS hormati hak bersuara, protes rakyat Malaysia Isu Gaza: AS hormati hak bersuara, protes rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716627963_EdgardDKagan.jpg)
Isu Gaza: AS hormati hak bersuara, protes rakyat Malaysia
Amerika Syarikat (AS) menghormati hak rakyat Malaysia untuk mengadakan protes secara aman sebagai menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Israel berhubung konflik di Gaza.
![Peratusan keluar mengundi rendah petanda EU jauh dari rakyat - PM Itali Peratusan keluar mengundi rendah petanda EU jauh dari rakyat - PM Itali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699148019_tbGiorgiaMeloni.jpg)
Peratusan keluar mengundi rendah petanda EU jauh dari rakyat - PM Itali
Meloni berkata bahawa peratusan keluar mengundi yang rendah dalam pilihan raya Eropah di Itali dan negara-negara lain menunjukkan bahawa institusi EU semakin jauh daripada rakyat.
![PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718032456_AnwarMBPahang.jpg)
PM Anwar ziarah Wan Rosdy di IJN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menziarahi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
![Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711531289_KimPanGon.jpg)
Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.
![KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718031022_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT perlukan usaha sama berterusan kerajaan negeri tingkat kualiti pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara dan memerlukan usaha sama berterusan pihak kerajaan negeri.
![PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718027008_LawrenceWong.jpg)
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.
![Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715807421_LawrenceWong.jpg)
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
![Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715807421_LawrenceWong.jpg)
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
![Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715776284_tbLawrenceWong.jpg)
Lawrence Wong sah PM Singapura baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Republik itu yang baharu, pada Rabu.
![Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715762195_TBFahmiFadzilsida.jpg)
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
![Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715744702_LawrenceWong.jpg)
Hubungan utuh Malaysia-Singapura beri manfaat besar kepada ASEAN
Dengan kerjasama bersama Anwar, Singapura boleh tarik firma teknologi global ke rantau ini susulan perang perdagangan dan cip antara AS-China.
![Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715611021_LawrenceWong.jpg)
Bakal PM Singapura Wong umum barisan Kabinet
Bakal Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengumumkan barisan Kabinetnya pada Isnin, dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
![Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715352849_TBRUMAHTERBUKAPKR.jpg)
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713172917_TBLawrenceWong.jpg)
Lee Hsien Loong akan dilantik Menteri Kanan - Lawrence Wong
Lee Hsien Loong akan kekal dalam kabinet kerajaan Singapura sebagai Menteri Kanan selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.