KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (Siasatan) Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa.
Beliau berkata kertas siasatan berkenaan kini sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Rohaimi berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) juga telah menggantung lesen syarikat terbabit.
"Sejak penggantungan lesen oleh MOTAC pada 10 Julai lepas, tiada pakej umrah baharu ditawarkan syarikat itu kepada orang awam dan tiada kes baharu dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka.
Mengenai dakwaan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia yang menyatakan bahawa tiada tindakan diambil dalam kes berkenaan, Rohaimi berkata ia tidak tepat.
Beliau berkata menurut kenyataan media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf pada 29 Nov lepas, sebanyak 21 kertas siasatan dibuka berhubung penipuan pakej umrah melibatkan angka kerugian lebih setengah juta ringgit.
"Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia juga telah menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap 177 aduan melibatkan tuntutan sebanyak RM4,335,073.07. Selain itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia juga telah mengambil tindakan menyenaraihitamkan (sekatan pentadbiran) syarikat dan kedua-dua pengarahnya di bawah Akta 614," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Media sebelum ini melaporkan mangsa penipuan pakej umrah mahu tindakan tegas diambil terhadap syarikat berkenaan selepas syarikat itu didakwa gagal membayar ganti rugi kepada mereka. - Gambar hiasan
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
‘Beri ruang kepada Faisal jalani tempoh pemulihan’- Adam Adli
Faisal kini menunjukkan tanda-tanda positif dan keadaan kesihatannya bertambah baik.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Lebih 20 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan syarikat pengendali umrah
Sebanyak 25 kertas siasatan dibuka untuk menyiasat kes penipuan membabitkan sebuah syarikat pengendali umrah.
Syarikat pengendali pakej umrah didenda RM80,300
Sebuah syarikat pengendali pakej umrah didenda RM80,300 kerana gagal mematuhi 26 'award' (pampasan) dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
Polis Kedah tahan lelaki disyaki terbabit penipuan pakej umrah
Suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan selepas polis menerima 17 laporan sehingga 8 Disember lalu.
Ditipu agensi pelancongan, impian tunaikan ibadah umrah lebur
Kumpulan itu sepatutnya dijadualkan bertolak ke Mekah pada Ahad ini (1 Dis) dari KLIA dan pulang ke tanah air pada 12 Dis ini.
Polis Pahang tahan suspek utama kes penipuan umrah murah
Suspek pertama yang mendakwa dirinya berstatus 'datuk' merupakan perancang utama kes manakala suspek kedua merupakan pembantu peribadinya.
Serahkan kepada Kabinet tentukan agensi kendali umrah - Asyraf Wajdi
Beliau berkata sebarang cadangan untuk meluaskan bidang kuasa TH perlu memerlukan pindaan kepada aspek undang-undang berkaitan.
Tipu umrah: 'Ustazah' tampil, akui jadi mangsa juga
Sebaliknya dia akui menjadi mangsa seorang lagi wanita yang menetap di Makkah yang dipertanggungjawab menguruskan pakej umrah.
Tipu umrah: 1,200 individu kerugian sejumlah RM4.8 juta
Agensi terbabit mendapat perintah bayar balik kepada 50 mangsa yang membuat aduan dalam masa 15 hari.