awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 3 jam 'tergantung', pengunjung 'trauma' untuk ke SkyCab lagi

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2018
22:52 MYT
Lebih 3 jam 'tergantung', pengunjung 'trauma' untuk ke SkyCab lagi
Rata-rata pelancong yang terkandas dalam insiden kerosakan SkyCab di Gunung Matchinchang, Langkawi bersyukur dapat sampai dengan selamat di 'base station'. - BERNAMA
Rata-rata pelancong yang terkandas dalam insiden kerosakan SkyCab di Gunung Matchinchang, Langkawi bersyukur dapat sampai dengan selamat di 'base station'.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.49 petang Ahad, seramai 50 pelancong dilaporkan terperangkap dalam gondola, manakala bakinya terkandas di stesen pertama.
Mangsa-mangsa terkandas yang ditemui meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan tersebut.
"Saya baru kali pertama ingin cuba naik kereta kabel tetapi bila jadi macam ini, sudah rasa trauma untuk datang lagi," kata salah seorang mangsa yang enggan dikenali.
Sementara itu, menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar, seramai 16 anggota bersama tiga jentera termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.53 petang.
Berdasarkan maklumat awal, seramai 50 orang terperangkap dalam gondola dan lebih 800 orang terkandas di stesen pertama di gunung itu.
Sejurus tiba anggota bomba membantu kakitangan SkyCab untuk membawa peralatan dan alat ganti ke stesen pertama bagi tujuan membaiki kerosakan.
Anggota bomba dan kakitangan SkyCab perlu mendaki gunung untuk sampai ke stesen pertama bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan.
Kerja-kerja baikpulih mengambil masa lebih tiga jam sebelum gondola dapat digerakkan semula.
BACA: Kereta kabel terkandas: 89 pelancong selamat dibawa turun
BACA: Kira-kira 850 terkandas, kereta kabel alami masalah teknikal
Topic Berkaitan
#Gunung Matchinchang
#kereta kabel
#Langkawi
#SkyCab
#terkandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan