KUALA LUMPUR: Seramai 31,140 belia berusia 35 tahun ke bawah telah didaftarkan sebagai bankrap sejak 2014 hingga Mei 2023 berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.
Beliau berkata prihatin terhadap situasi tersebut, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif termasuk memberi pelepasan kebankrapan kepada mereka yang diisytiharkan muflis dengan jumlah hutang berskala kecil di bawah RM50,000 yang memenuhi syarat bermula 1 Mac tahun ini.
"MDI juga telah meminda seksyen 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624) yang diwartakan pada 22 Oktober 2020 dan berkuatkuasa sejak 1 Sept 2021.
"Pindaan bertujuan menetapkan nilai had minimum keberhutangan kepada RM100,000 yang secara tidak langsung membantu menurunkan peratusan bankrap didaftarkan dengan MDI termasuklah golongan belia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda yang ingin tahu jumlah belia yang muflis serta usaha kerajaan bagi membendung isu tersebut.
Selain itu, Ramkarpal berkata kerajaan turut memperkenalkan peruntukan berkenaan pelepasan automatik pada tahun 2017 di bawah Akta 360.
Peruntukan pelepasan automatik tersebut katanya membolehkan golongan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh yang singkat iaitu tiga tahun daripada tarikh pemfailan Penyataan Hal Ehwal (PHE) dengan MDI.
"Kerajaan juga telah melakukan penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan automatik melalui Rang Undang-undang Insolvensi (Pindaan) 2023 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 24 Mei lalu dan Dewan Negara pada 19 Jun ini," katanya.
Selain itu, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah memperkenalkan Prinsip Layanan Adil kepada Pengguna Kewangan dan Amalan Pembiayaan yang Bertanggungjawab bagi membantu orang ramai yang mengalami masalah keberhutangan serius.
"Institusi kewangan perlu memastikan peminjam yang menghadapi kesulitan membayar balik pinjaman dilayan dengan adil dan diberi pertimbangan sewajarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Ramkarpal berkata kerajaan turut memperkenalkan peruntukan berkenaan pelepasan automatik pada tahun 2017 di bawah Akta 360. - Gambar/ Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.