awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
07/08/2024
06:36 MYT
Lebih 300 'mat rempit' tunggang lawan arus atas lebuh raya lari daripada polis
Tangkap layar video tular memaparkan lebih 300 penunggang motosikal menunggang melawan arus di BORR Bagan Ajam dari arah Plaza Tol menghala ke NBCT. - Gambar/ TikTok @muhammad74_7
BUTTERWORTH: Lebih 300 penunggang motosikal bertindak melarikan diri dengan menunggang secara melawan arus di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam bagi mengelak ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, insiden berkenaan berlaku semasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti melaksanakan operasi membanteras samseng jalanan jam 7 malam Ahad lepas.
Menurut Anuar, siasatan mendapati kumpulan motosikal berkenaan melarikan diri dari arah Plaza Tol BORR Bagan Ajam menuju ke arah kawasan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).
"Dalam operasi tersebut, kami telah menahan seorang penunggang motosikal di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya," katanya.
Selain itu, polis turut menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan.
Beliau berkata, pihaknya mengingatkan pengguna jalan raya agar tidak bertindak sedemikian kerana boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri serta orang lain.
Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan lebih 300 penunggang motosikal menunggang secara berbahaya dengan melawan arus di BORR Bagan Ajam dari arah Plaza Tol menghala ke NBCT.
Topic Berkaitan
#video tular
#mat rempit
#lawan arus
#Butterworth
#lebuh raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan