KUCHING: Sejumlah lebih 700 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di sekitar kawasan Parlimen Santubong hari ini menerima bantuan persekolahan menerusi program 'Kembali Ke Sekolah' di Sekolah Kebangsaan Salak, di sini.
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, program bantuan barangan kelengkapan sekolah itu melibatkan 21 buah sekolah terpilih di kawasan tersebut.
Menurutnya, kebanyakan sumbangan adalah daripada Rotary Club Kuching Central, Yayasan Kebajikan Negara, Yayasan Sime Darby dan Yayasan PEKEMA.
Bantuan sumbangan tahunan oleh pihak swasta ini dapat meringankan beban ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.
Nancy, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan tersebut.
Dalam perkembangan lain, katanya, menerusi projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan untuk pembinaan laluan bersimen untuk penduduk Kampung Salak yang terletak di kawasan pulau itu.
Berdasarkan pemerhatian Bernama, walaupun perlu menaiki bot kira-kira lima minit dari pangkalan Sungai Loba Plait namun kampung yang didiami majoriti nelayan itu turut mempunyai kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air dan telekomunikasi. - BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Nancy (tengah) bersama murid-murid Sekolah Kebangsaan Salak selepas menyampaikan sumbangan pada program Back to School di sekolah itu, pada Ahad. - Gambar Bernama
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Masalah disiplin remaja antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu - Nancy
Masalah disiplin remaja merupakan antara tiga cabaran utama dihadapi kaum ibu ketika ini.
Maut dihempap pokok: KPWKM teliti bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan - Nancy
Ia sedikit sebanyak akan meringankan beban keluarga terbabit, memandangkan isteri mangsa Nor Pahidah Mat Zaman tidak bekerja.
Dirogol sejak usia 12 tahun, KPWKM akan nilai kemampuan mangsa uruskan anak - Nancy
KPWKM akan menilai kemampuan wanita yang dilaporkan menjadi mangsa rogol bapa kandungnya dalam menguruskan anak yang dilahirkan.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Mangsa serangan buaya boleh minta bantuan tabung JKM - Nancy
Mangsa serangan buaya atau binatang buas boleh memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.