PETALING JAYA: Inisiatif Rakan Muda yang diberikan nafas baharu sejak Jun lepas, menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80,000 belia berusia 15 hingga 30 tahun setakat hari ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang turut menyeru kesemua belia untuk menyertai program Rakan Muda dengan mendaftar melalui portal Kementerian Belia dan Sukan (KBS) https://www.kbs.gov.my/rakanmuda.html atau e-mel kepada [email protected].
"Kalau dulu program Rakan Muda di peringkat sekolah sahaja, tetapi sekarang kita buat terbuka untuk mereka berusia 15 hingga 30 tahun bermaksud di luar sekolah juga, dan penyertaan berbentuk pilihan, setiap daerah dan negeri mempunyai program dan aktiviti yang berbeza.
"Hari ini saya datang untuk pelancaran Rakan Muda negeri Selangor ... mereka telah aktifkan Rakan Muda dengan pusatnya di Kompleks Rakan Muda Petaling Jaya," katanya pada program Jelajah Mini Rakan Muda peringkat Selangor di sini hari ini.
Program Rakan Muda dilancarkan semula oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 25 Jun lepas.
Sepuluh gaya hidup baharu diperkenalkan menerusi inisiatif itu dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda melibatkan Rakan Demokrasi, Rakan Litar, Rakan Aktif, Rakan Bumi, Rakan Digital, Rakan Ekspresi, Rakan Muzik, Rakan Mahir, Rakan Niaga dan Rakan Prihatin.
Hannah sebelum ini menyasarkan penyertaan sejuta belia berusia 15 hingga 30 tahun bagi menyertai program Rakan Muda berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023
Hannah menyeru kesemua belia untuk menyertai program Rakan Muda dengan mendaftar melalui portal Kementerian Belia dan Sukan (KBS). - Gambar/ Bernama
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Pengisian program Rakan Muda perlu dijadikan agenda nasional - Ahmad Zahid
Beliau berkata program anjuran Rakan Muda perlu turut menjadi platform kepada pengukuhan integrasi nasional dan perpaduan kaum.
Rakan Muda: KBS sedia peruntukan RM1 juta
Bantuan diperuntukkan kepada SRM IPT untuk menjalankan program dan aktiviti pembangunan Rakan Muda berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Yayasan Pembangunan Buku Negara, KBS rancang lahir lebih ramai penulis muda
Ia bagi merancang beberapa aktiviti berbentuk penulisan membabitkan golongan belia bagi melahirkan lebih ramai penulis muda.
Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Jadikan usaha pemerkasaan belia sebagai agenda penting - Mohd Hairi
Belia harus diberi peranan penting dalam pembinaan negara sebagai sebahagian daripada usaha membentuk masa depan yang cemerlang.
Lebih 80,000 belia daftar program Rakan Muda baharu - Hannah
Inisiatif Rakan Muda yang diberikan nafas baharu sejak Jun lepas, menerima sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80,000 belia berusia 15 hingga 30 tahun setakat hari ini.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.
Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.
Rakan Muda nafas baharu perkenal Rakan Demokrasi dan Rakan Litar - Hannah Yeoh
Rakan Demokrasi dan Rakan Litar adalah dua daripada 10 gaya hidup yang diperkenal dalam usaha memperkukuh jenama Rakan Muda yang diberi nafas baharu serta dilancarkan hari ini.
Anak muda tentukan masa depan Malaysia, bukan orang tua lapuk pemikiran - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan juga memilih pendekatan berbeza dan tidak sekadar memberi nasihat atau berbentuk leteran orang tua.