"Ini Teksi Bermeter, Tawar-menawar Adalah Dilarang, Minta Resit" tertera di pintu semua teksi di negeri ini.
Namun anda jangan terkejut apabila lebih 90 peratus pemandu teksi enggan menggunakan meter dan sebaliknya meletakkan harga tertentu untuk ke sesuatu destinasi.
Seorang penumpang Izzati Azwani Harun, 23, berkata beliau terkejut dikenakan tambang RM15 bagi perjalanan kira-kira dua kilometer sahaja.
"Itupun setelah puas tawar menawar, akhirnya saya setuju menaiki teksi dengan harga itu kerana tiada pilihan," katanya ketika ditemui di sini.
Dilaporkan insiden pergaduhan pernah berlaku antara pelancong asing dengan pemandu teksi - berpunca rasa tidak puas hati kerana tambang mahal yang tidak munasabah dengan jarak perjalanan.
Setiausaha Gabungan Persatuan Pemandu Teksi dan Pemandu Kereta Sewa Pulau Pinang, Mohamad Shahimi Hadzri ketika dihubungi mengakui lebih 90 peratus pemandu teksi di negeri ini tidak menggunakan meter.
Beliau memberikan alasan kadar tambang teksi bermeter diwartakan untuk negeri ini hanya RM4 untuk kilometer pertama adalah terlalu murah selain kesediaan penumpang untuk tawar-menawar tambang.
"Kami hanya menggunakan meter jika terdapat pihak penguat kuasa melakukan operasi," katanya dan menurutnya jika pihak berkuasa mahukan pemandu teksi menggunakan meter, mereka haruslah melayan permintaan untuk menaikkan kadar itu.
Menurutnya jarak perjalanan di negeri ini adalah dekat dan tidak menguntungkan jika menggunakan meter.
"Saya berharap agar pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat bekerjasama dengan pihak persatuan untuk membuat kajian lebih terperinci mengenai hal ini," katanya.
Sementara itu jurucakap SPAD ketika dihubungi berkata kadar tambang meter di Pulau Pinang mengikut kadar yang diluluskan dan dilaksanakan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).
Katanya, SPAD akan mengadakan sesi perbincangan dengan persatuan-persatuan teksi berhubung perkara itu dan menurutnya kesalahan tidak menggunakan meter boleh menyebabkan permit digantung atau dibatalkan.
Bernama
Thu Jul 18 2013
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Sektor pengangkutan Indonesia bersedia untuk cuti akhir tahun - Menteri
Persediaan untuk menampung 110.67 juta orang yang dijangka melakukan perjalanan semasa tempoh cuti Krismas dan Tahun Baharu.
Banjir: Polis, APM sedia pengangkutan hantar pelajar ke sekolah
Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kesemua pelajar terlibat menaiki lori itu dari Masjid Changkat Lobak untuk ke sekolah berkenaan.
Sektor pengangkutan pamer perkembangan positif, tingkat hasil pendapatan negara
Ia merangkumi semua sektor pengangkutan darat, maritim dan udara meskipun negara berdepan pelbagai cabaran domestik dan antarabangsa.
Kenderaan berat dengan muatan berlebihan perlu ditangani segera, bersepadu - Loke
Masalah berat muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas penguatkuasaan dan ia juga merupakan satu masalah yang berlanjutan sekian lama.
Pelancongan kesihatan: MHTC sasar RM2.4 bilion pendapatan, hampir RM10 bilion limpahan ekonomi
Industri yang menerima limpahan ekonomi itu meliputi pelancongan, penginapan, pengangkutan dan banyak lagi.
Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.
Pengawal istana tunggang 'kapal padang pasir' pemandangan unik di Qatar
Pengawal istana menunggang unta yang paling istimewa dan megah di laman istana pada sebelah pagi dan petang.
Rangkaian logistik meluas akan perkukuh hubungan perdagangan Malaysia-China - Loke
Malaysia dan China bukan sahaja memainkan peranan penting sebagai hub logistik antara satu sama lain tetapi juga kepada negara ASEAN lain.
Kerajaan boleh jimat RM1.1b menerusi dasar pengurangan bahaya kesihatan awam, pengangkutan - CME
Konsep pengurangan bahaya ditakrifkan sebagai strategi dasar awam yang direka untuk mengehadkan akibat sosial dan fizikal negatif.
'Mama Cycling', Wanita Pertama Kenya berbasikal untuk hadiri Perhimpunan UN-Habitat ke-2
Wanita Pertama Kenya, Rachel Ruto menempuhi cuaca dingin di Nairobi dengan berbasikal dari kediaman Presiden ke Kompleks Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Gigiri, Kenya.