awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lebih bijak jika Khalid Samad rujuk kerajaan Selangor dahulu'

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2018
05:50 MYT
'Lebih bijak jika Khalid Samad rujuk kerajaan Selangor dahulu'
Khalid dilaporkan berkata Pilihanraya PBT boleh diuji di Shah Alam biarpun terdapat kegusaran terhadap keseimbangan kaum. - Gambar fail
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dinasihatkan agar merujuk kepada kerajaan Selangor terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.
Borhan Aman Shah yang juga Setiausaha Politk Menteri Besar Selangor berkata Khalid perlu merujuk kerajaan negeri mengenai pilihanraya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana Shah Alam merupakan pusat pentadbiran Selangor.
"Kedudukan YB Khalid Samad selaku Ahli Parlimen kawasan tersebut diakui, justeru adalah bersesuaian seperti yang saya nyatakan di atas agar beliau merujuk Kerajaan Negeri terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pihak termasuklah pihak penjawat awam.
"Manakala itu YAB Dato’ Menteri Besar Selangor mengambil maklum akan saranan YAB Perdana Menteri untuk tidak melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan dan juga menyambut baik usaha YB Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahu mengadakan suatu kajian komprehensif berkaitan pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, Khalid dilaporkan berkata Pilihanraya PBT boleh diuji di Shah Alam biarpun terdapat kegusaran terhadap keseimbangan kaum.
BACA: Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat
BACA: Tiada pilihan raya PBT dalam masa 3 tahun - Zuraida
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata proses memilih ahli majlis tempatan termasuk datuk bandarnya tidak wajar dibuat sewenang-wenangnya.
Pada Isnin, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pilihan raya majlis tempatan dengan alasan ia boleh mencetuskan isu kaum dan menjejaskan keseimbangan bandar dan luar bandar.
Topic Berkaitan
#ahli majlis
#Borhan Aman Shah
#Datuk Bandar
#Khalid Samad
#Malaysia
#pbt
#pilihan raya
#Selangor
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan