KUALA LUMPUR: Aktivis sosial yang terkenal dengan kegigihan memperjuangkan isu-isu kemasyarakatan, Tan Sri Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Dikenali ramai menerusi perkhidmatan sepanjang hayatnya kepada Malaysia dan seluruh rakyat, Lee tidak menafikan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menyemai kepentingan kesukarelawanan dalam masyarakat hari ini.
Oleh itu, beliau merasakan adalah menjadi kewajipannya untuk menulis buku 'Lee Lam Thye: Recalling a Lifetime of Service' yang diharap dapat membawa bersama rakyat Malaysia untuk membantu antara satu sama lain.
"Kesukarelawanan kini amat penting, memandangkan negara terus berdepan dengan pelbagai masalah yang memerlukan penglibatan semua rakyat Malaysia termasuk isu sosial, kemiskinan dan perubahan iklim.
"Saya ingin menunjukkan kepada generasi muda kita mengenai apa yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sumbangan besar kepada negara kita yang tercinta dan rakyat," katanya pada majlis menandatangani buku autobiografi, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, buku yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin itu juga ditulis dengan tujuan merekodkan perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, serta menonjolkan kepentingan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
"Dalam buku ini saya benar-benar menekankan keperluan untuk kita semua komited dengan konsep perpaduan dalam kepelbagaian, perbezaan kita sepatutnya menjadi tonggak dalam membantu kita bersatu," katanya.
Bagaimanapun, Lee berkata, buku itu turut memaparkan pendapatnya mengenai isu-isu semasa di samping menceritakan alasannya untuk berhenti daripada politik pada tahun 1990.
"Ramai yang bertanya mengapa saya memutuskan untuk bersara daripada politik. Semuanya ada dalam buku ini, namun semasa saya berhenti daripada politik, saya tidak pernah bersara daripada berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya masih seorang yang berorientasikan perkhidmatan," katanya sambil menambah bahawa hasil daripada penjualan buku autobiografinya akan didedikasikan untuk kerja-kerja amal. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 10 2024
Lee tidak menafikan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan untuk menyemai kepentingan kesukarelawanan dalam masyarakat hari ini. - Gambar fail/Bernama
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Kerajaan digesa tangani isu keselamatan jalan raya, kurangkan kemalangan
Ikatan menggesa kerajaan agar menunjukkan keazaman politik yang kukuh dalam langkah keseluruhan keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
Gaji penjawat awam perlu selaras dengan kadar inflasi
Kenaikan gaji penjawat awam perlu diselaraskan dengan kadar inflasi dalam negara kerana ia memainkan peranan penting bagi menentukan kecukupan gaji mereka.
Penubuhan Ombudsman langkah tepat tangani penyelewengan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, pewujudan tersebut juga adalah langkah progresif sekiranya diluluskan kerana boleh mendengar dan menyiasat kes penyelewengan dengan lebih telus.
Cadangan penubuhan badan bebas siasat agensi penguat kuasa kembalikan keyakinan rakyat - Pakar
Kewujudan badan bebas berkenaan berkait dengan isu keyakinan orang ramai terhadap penyelesaian kepada setiap aduan yang dibuat mereka.
'Jalan pintas' ambil lesen memandu bahayakan diri, pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Pembentukan kerajaan baharu perlu berteras Rukun Negara - Lee Lam Thye
Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
PM disaran pegang portfolio Menteri Perpaduan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar memegang portfolio Menteri Perpaduan bagi memperkasakan masyarakat di bawah pemerintahan kerajaan baharu.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
PRU15: Wakil rakyat perlu bersedia khidmat sepenuh masa - Lee Lam Thye
Parti politik juga tidak boleh lepas tangan dan harus mengambil tanggungjawab terhadap prestasi wakil mereka.