KOTA BHARU: Seorang penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak tirinya yang dipercayai berlaku sejak tiga tahun lalu.
Lelaki berusia 38 tahun itu direman bermula hari ini sehingga Isnin depan untuk disiasat mengikut Seksyen 376B kanun keseksaan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Bharu, Rusli Ahmad.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi berkata, lelaki itu ditahan di rumahnya di Jalan Guchil Bayam pukul 5.30 petang semalam.
Penahanan itu susulan laporan polis yang dibuat mangsa yang berusia 14 tahun yang mendakwa dirogol bapa tirinya sejak usianya 11 tahun dan kejadian terakhir pada pukul 8 pagi kelmarin.
Mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibu saudaranya sebelum dia tampil membuat laporan polis bersama ibu kandungnya.
Remaja berkenaan yang tinggal bersama ibu dan bapa tirinya sejak 2014 mendakwa kejadian berlaku ketika ibunya tiada di rumah apabila suspek masuk ke dalam bilik tidurnya.
Menurut mangsa, dia dirogol oleh bapa tirinya sejak berusia 11 tahun dan mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa kerana takut dengan ugutan suspek.
Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (HRPZ 2) bagi rawatan dan pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan yang mengesan terdapat kesan koyakan baharu dan lama pada kemaluan mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan
Muhafandi Muhamad
Wed Sep 08 2021
Seorang penjawat awam direman enam hari bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan anak tirinya yang dipercayai berlaku sejak tiga tahun lalu. - Gambar hiasan
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar
Cadangan penambahbaikan, usaha tingkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan pada Hari Pekerja, kata Perdana Menteri
Penjawat awam, peniaga antara lima ditahan kerana mengugut
Polis berkata kesemua lelaki tempatan berumur antara 27 hingga 43 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan semalam.
Cubaan timbulkan persepsi negatif, MCMC panggil pengendali MyNewsHub
MCMC berkata, pihaknya memandang serius penularan video tersebut, yang dilihat berniat untuk membina persepsi negatif terhadap penjawat awam.
Kerajaan Pahang biaya kos rawatan penjawat awam negeri, pesara di SASMEC@IIUM
Kerajaan Pahang akan membiayai kos rawatan penjawat awam dan pesara perkhidmatan awam negeri itu di SASMEC@IIUM, Kuantan bermula bulan ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 5 April 2024.
Kerajaan komited cari jalan naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Kerajaan akan mencari jalan dan berusaha menaikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.