awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN

Bernama
Bernama
13/12/2016
15:15 MYT
Lelaki disyaki perancang kes bunuh Bill Kayong ditahan - KPN
KHALID: Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di KLIA. - Gambar fail
Polis hari ini menahan seorang lelaki disyaki perancang utama kes pembunuhan Setiausaha PKR Miri, Bill Kayong di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Suspek lelaki disyaki perancang utama dalam kes pembunuhan itu ditahan di KLIA petang tadi," katanya kepada Bernama.
BACA: Pembantu peribadi 'Datuk' didakwa subahat pembunuhan Bill Kayong
BACA: Polis rampas tujuh senjata api milik 'Datuk' disyaki dalang pembunuhan Bill Kayong
Khalid turut mengucapkan syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak susulan perkembangan itu.
Syabas JSJ @PDRMsia S'wak bjaya kesan dan tkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi. #GoPDRMGo
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) December 13, 2016
"Syabas JSJ @PDRMsia Sarawak berjaya kesan dan tangkap perancang utama pembunuhan Bill Kayong di KLIA sebentar tadi. #GoPDRMGo," kata Khalid dalam laman Twitter beliau.
Kayong, 43, ditembak mati pada 21 Jun lepas ketika berada dalam kenderaan pikap di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Baram dekat Lutong, Miri. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekenu
#Bill Kayong
#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sarawak
#Khalid
#mati ditembak
#PKR
#S. Dev Kumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan