KUANTAN: Lelaki yang tular memukul imam jemputan di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 di sini Ahad lalu akan dihantar ke Hospital Permai, Johor Bahru bagi menjalani pemantauan dan mendapatkan laporan psikiatri.
Perintah dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman terhadap Ahmad Paijan Abd Rashid, 38 tahun, mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Ahmad Paijan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dan ditanya sama ada faham atau tidak pertuduhan tersebut, hanya menjawab 'saya terdengar suara'.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan
Ahmad Paijan yang beralamat di Kuala Lumpur didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan kepada sembahyang subuh yang sedang dijalankan dengan sah di sisi undang-undang.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di ruang solat utama Masjid Sultan Ahmad Shah pada jam 6.30 pagi, 26 Mac lalu.
Ahmad Paijan didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya Ezuain Farhana Ahmad bersama Anuarul Hakim Abdul Muen tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh.
Ezuain Farhana turut membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Permai bagi menjalani pemeriksaan.
Kes disebut semula pada 22 April depan.
Sebelum ini, tular satu rakaman video menunjukkan kejadian seorang lelaki bertindak melulu memasuki masjid lalu memukul imam jemputan, pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham.
Video berdurasi 30 saat itu memaparkan lelaki berpakaian baju Melayu dan kain pelikat datang dari arah belakang jemaah, mendekati imam dan cuba memukulnya dengan sepasang selipar putih.
Pihak masjid bagaimanapun meminta agar orang ramai menghentikan penularan video terbabit dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pihak yang akan berdepan tindakan undang-undang disebabkan penyebarannya.
Astro Awani
Fri Mar 31 2023
Ahmad Paijan didakwa mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - Foto Astro AWANI
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis
Aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Peningkatan isu kesihatan mental membimbangkan - Doktor
Pengabaian kesihatan mental golongan remaja dalam jangka masa panjang boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal dan mental di alam dewasa.
NIOSH, JKM Negeri Sembilan tingkat kesedaran penjagaan kesihatan mental warga emas
NIOSH dan JKM Negeri Sembilan mengambil langkah proaktif berkongsi teknik menangani tekanan mental dalam kalangan warga emas di PAWE di sini.
NIOSH peruntuk RM12 juta sedia latihan bantu tangani isu kesihatan mental di tempat kerja
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) memperuntukkan sejumlah RM12 juta bagi menyediakan latihan secara percuma kepada 10,000 golongan pekerja.
New York City saman Facebook, TikTok, YouTube - didakwa mudarat kesihatan mental belia
Menurut saman, perkhidmatan media sosial itu membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Kerajaan Turkiye laksana 5,533 aktiviti selepas kejadian gempa bumi
Aktiviti itu melibatkan penyertaan pakar kesihatan mental, sukarelawan, pendidik dan jurulatih untuk 420,236 mangsa.
Pentingnya penjagaan kesihatan mental dan fizikal buat ibu berpantang
Peredaran masa menyaksikan tradisi berpantang melalui evolusi dan kini, ia bukan lagi menjadi tanggungjawab ahli keluarga seperti ibu sendiri atau ibu mentua.
COVID-19: 14 kes baharu dikesan libatkan mangsa banjir di PPS Kelantan, Terengganu - Dr Dzulkefly
Sebanyak 14 kes baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan sembilan kes di Kelantan dan lima kes di Terengganu.
JKNT wujud klinik kesihatan lelaki di setiap daerah
JKNT mengambil inisiatif mewujudkan satu klinik di setiap daerah untuk perkhidmatan kesihatan lelaki termasuk saringan dan rawatan awal bagi masalah reproduktif seperti mati pucuk.