awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rampas beg tangan wanita susulan nahas ditahan

Bernama
Bernama
28/11/2021
04:14 MYT
Lelaki rampas beg tangan wanita susulan nahas ditahan
Video tular lelaki yang dipercayai merampas beg tangan dari sebuah kenderaan yang melanggar keretanya. -Facebook Kami Pengguna Jalan Raya
SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merampas beg tangan dari sebuah kenderaan yang melanggar keretanya di Kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib dalam kenyataan memaklumkan suspek yang berusia 56 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang selepas hadir bagi membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.33 petang apabila seorang wanita yang memandu kereta BMW dari arah Klang menghala Kuala Lumpur terlanggar belakang kenderaan milik lelaki berkenaan.
Kertas siasatan berhubung kes itu telah dibuka di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Ketika ini tular di media sosial satu video berdurasi 1.30 saat yang memaparkan seorang lelaki dilihat mengambil beg tangan wanita itu dan meminta wanita berkenaan mengikutnya ke balai polis untuk membuat laporan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rampas beg tangan
#Lebuhraya Persekutuan
#kemalangan jalan raya
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan