Seorang lelaki rentung dalam kejadian kebakaran di rumahnya di Jalan Keembong 18, Taman Johor Jaya, di sini, petang Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang di rumah teres dua tingkat itu, mangsa yang maut dikenali sebagai S.Krishnan, 55, yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan lima tahun lepas.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba Fauzan Ahmad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 6.05 petang sebelum dua jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi bagi memadam kebakaran.
Katanya ketika tiba di tempat kejadian, pihak bomba mendapati kebakaran itu telah pun memusnahkan sepenuhnya bahagian tingkat atas rumah terbabit.
"Semasa kejadian, terdapat empat orang (anggota keluarga) di dalam rumah tersebut termasuk mangsa yang berada di tingkat atas.
"Tiga daripadanya iaitu isteri, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan mangsa berada di bahagian bawah rumah dan tidak perasan mengenai kebakaran sehinggalah ada jiran menjerit kerana ternampak asap keluar dari bahagian belakang rumah.
"Kebakaran kemudian turut merebak ke rumah jiran sehinggalah kira-kira 15 peratus bahagian tingkat atas rumah musnah," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Menurut Fauzan, berdasarkan keadaan mangsa, bomba percaya terdapat kelewatan dalam memanggil pasukan keselamatan untuk memadamkan kebakaran.
Katanya, punca kejadian masih disiasat dan mayat mangsa pula telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 07 2019

Berdasarkan keadaan mangsa, bomba percaya terdapat kelewatan dalam memanggil pasukan keselamatan untuk memadamkan kebakaran. - Gambar hiasan
![[LAPOR LANGSUNG] PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel [LAPOR LANGSUNG] PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41701401820_TBEgyptjpg.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel
Komen Perdana Menteri itu mendorong kerajaan Israel memanggil duta Sepanyol untuk teguran buat kali kedua dalam tempoh kurang 10 hari.

Google Messages kini punyai 1 bilion pengguna dengan ciri RCS diaktifkan
Ciri RCS adalah kebolehan menghantar mesej yang diperkaya dengan pelbagai elemen baharu, dan bukan teks semata-mata seperti SMS.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini apabila peniaga mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 795 mangsa banjir di empat PPS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sidang Dewan Rakyat labuh tirai, 12 rang undang-undang lulus
Sidang kali ini juga mencatat sejarah dengan lulusnya Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
APEC 2023: Resilience, innovation & inclusivity
Impact investing in Malaysia with strategic approach
Prestasi semasa & unjuran FBM KLCI
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkongsi pandangan berkenaan prestasi semasa dan unjuran FTSE Bursa Malaysia KLCI.
Kertas Putih Gaji Progresif: Apa yang menarik?
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkongsi pandangan beliau berkenaan Kertas Putih Cadangan Gaji Progresif yang dibentangkan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di Dewan Rakyat pada Khamis.

Liverpool tunjuk taring di Liga Europa
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu mengesahkan tempat teratas Kumpulan E hasil jaringan Gakpo dan gol daripada Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Bayi antara lima terselamat rumah penginapan terbakar
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, dua kanak-kanak berusia tiga tahun, seorang bayi dan dua wanita berusia 30-an terselamat.

Banjir: Masyarakat perlu bersama bersiap siaga dan jaga keselamatan - Bomba
Selain bersedia, masyarakat juga perlu mengutamakan keselamatan keluarga dan anak-anak ketika bencana banjir melanda.

Tangan hancur tersepit mesin pengisar daging
BBP Chukai menerima panggilan kecemasan oleh pihak hospital jam 4.42 petang bagi membantu menanggalkan komponen mesin berkenaan.

Penduduk di lokasi berisiko banjir diminta siap sedia berpindah awal - Bomba
Penduduk diingatkan agar membawa bersama dokumen penting dan barangan keperluan asas ketika meninggalkan rumah masing-masing.

Lelaki keluar memancing dikhuatiri lemas
Bomba menerima panggilan mengenai kehilangan lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faiz Azman kira-kira 9.50 pagi tadi.

Ada letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.

Tesla diparkir tiba-tiba terbakar di Puchong
Kebakaran sebanyak 70 peratus itu, bagaimanapun, tidak melibatkan mangsa.

Kucing punca tumpahan cecair kimia
Kucing itu menjatuhkan 10 botol mengandungi cecair kimia jenis sodium dehidrogen sebelum disedari pembantu makmal.

Monsun Timur Laut: Lebih 20,000 anggota bomba bersiap sedia
Sebanyak 24,283 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) siap siaga menghadapi musim Monsun Timur Laut dijangka berlaku pada November ini hingga Mac 2024.

Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba
Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.