KUALA TERENGGANU: Berpantang maut sebelum ajal.
Seorang lelaki bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya melanggar seekor gajah di Kampung Kolam, Setiu, di sini, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Husin berkata mangsa Sharul Azma Che Samaon, 42, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.
Beliau berkata bagaimanapun, bahagian hadapan kereta mewah jenis Porsche Cayenne dipandu mangsa yang merupakan seorang pengurus syarikat, rosak dengan cermin retak, bampar dan lampu pecah selain kemek pada bonet dan 'fender'.
"Polis menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.15 malam daripada anggota bertugas Kaunter Aduan Trafik Setiu.
"Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Rhu 10 hendak ke Lembah Bidong dan setibanya di lokasi kejadian iaitu di Kilometer 45, Kampung Kolam di Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja dia tidak sempat mengelak haiwan itu yang berada di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Afandi berkata, gajah berkenaan yang dilihat berkeliaran di kawasan tersebut pada 6.30 petang semalam dilaporkan cedera di bahagian kaki dan terjatuh di tempat kejadian sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kira-kira 10 minit kemudian.
"Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Daerah Besut telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut.
"Usaha mengesan gajah tersebut masih diteruskan oleh sembilan anggota Perhilitan Besut dibantu orang awam. Haiwan liar itu dipercayai menuju ke Bukit Putera, Setiu melalui jalan hutan," katanya.
Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, gajah berkenaan telah berada dalam pemerhatian Perhilitan Terengganu sejak beberapa hari lepas kerana didapati berkeliaran di sekitar Setiu dan dalam proses tangkap pindah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Gajah yang dilanggar kereta Porsche Cayenne cedera di bahagian kaki dan terjatuh di tempat kejadian sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran. - Gambar Facebook
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Penunggang motosikal maut terbabas, kepala kena tiang papan tanda
Seorang lelaki berusia 50 tahun maut setelah motosikal yang ditunggang hilang kawalan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan di Ipoh.
Kereta hilang kawalan masuk lorong kiri punca bas terbalik di lebuh raya
Akibat pelanggaran, kereta itu berpusing 360 darjah dan melanggar bahagian hadapan kanan bas.
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Remaja putus kaki nahas depan sekolah
Seorang remaja lelaki putus kaki kirinya selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Budiman di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, pada Isnin.
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.