KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner akui kecewa selepas sekadar mengutip satu mata pada aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di sini, malam tadi.
Beraksi di hadapan 11,000 penyokong sendiri, Steinbruckner berkata ketumpulan penyudah menjadi faktor utama skuad Penyu masih kempunan meraih kemenangan setelah tiga perlawanan.
Lebih malang, TFC yang menamatkan liga dengan cemerlang di tangga kedua musim lalu, turut gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam ketiga-tiga perlawanan menyebabkan mereka terperosok di tangga terbawah liga.
"Saya kecewa malam ini, kami hanya mendapat satu mata. Hari ini (malam tadi) kami mencipta banyak peluang tetapi kami gagal menjaringkan gol," katanya selepas perlawanan Liga Super menentang KL City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, TFC berkongsi satu mata dengan skuad The City Boys selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga akhir perlawanan.
BACA: Liga Super: Terengganu-KL City gagal temui sentuhan penyudah
Sehubungan itu, Steinbruckner berkata beliau mungkin akan melakukan rombakan pemain di beberapa posisi untuk perlawanan akan datang.
"Saya perlu membuat perancangan, saya harap Habib Haroon (pemain tengah) boleh diturunkan dalam perlawanan selepas ini untuk memperbaiki prestasi pasukan kami. Malam ini saya tidak mahu mengambil risiko kerana dia masih cedera.
"Saya juga harus mempertimbangkan mengenai Jordan Mintah kerana Ivan (Ivan Mamut) dan Adisak (Adisak Kraisorn) telah bermain tiga kali tanpa menghasilkan jaringan tetapi barisan pertahanan kami ok," katanya.
Dalam pada itu, pengendali KL City FC, Bojan Hodak berkata beliau berpuas hati apabila berjaya membawa pulang satu mata dari bumi Darul Iman selepas tempoh tiga tahun.
"Pertama kali dalam tempoh tiga tahun dapat satu mata dari Terengganu. Mungkin mereka (TFC) tidak berapa kuat dari segi serangan berbanding tahun lepas.
"Tetapi masih sukar untuk menentang mereka. Mereka banyak mencipta peluang seperti juga kami, jadi saya fikir satu mata adalah adil bagi kedua-dua pasukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
Steinbruckner berkata beliau mungkin akan melakukan rombakan pemain di beberapa posisi untuk perlawanan akan datang. - Gambar fail BERNAMA
Imigresen Sabah terima peruntukan RM50 juta naik taraf depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menerima peruntukan sebanyak RM50 juta pada tahun ini bagi menaik taraf semua empat depot tahanan agensi itu di negeri berkenaan.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.