KUALA LUMPUR: Pasukan Sabah FC berhasil melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menang tipis 1-0 menentang Melaka United dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka malam tadi.
Selaku pasukan pelawat, Sabah bagaimanapun tidak menghadapi masalah dalam mendominasi perlawanan sebelum berhasil membuka jaringan tunggal perlawanan menerusi jaringan Park Tae Su pada minit ke-25.
Tersentak dengan jaringan awal itu, skuad Melaka kendalian Risto Vidakovic cuba menyamakan kedudukan namun gagal mencetak sebarang jaringan untuk menggugat gawang gol lawan sehingga perlawanan berakhir.
Di NEGERI SEMBILAN, pasukan Negeri Sembilan FC sekadar berpuas hati berkongsi satu mata selepas seri 2-2 menentang Selangor FC dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Selangor terlebih dahulu mendahului selepas pemain Negeri Sembilan, Nasrullah Haniff Johan membuat kesilapan tertampan rembatan pasukan lawan pada minit ke-35.
Skuad Merah Kuning kemudian terus mendahului selepas Herlison Caion de Sousa Ferreira menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-50 babak kedua perlawanan.
Negeri Sembilan kemudian memperoleh momentum kebangkitan selepas turut dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Herold Goulon pada minit ke-58 sebelum gol penyamaan dijaringkan Evanonye Kossi Adetu pada minit ke-76 menjadikan kedudukan terikat.
Di SARAWAK, Sarawak United turut terpaksa berpuas hati mencatat keputusan seri 1-1 menentang Penang FC dalam aksi di Stadium Negeri, Kuching.
Beraksi di halaman sendiri, Sarawak terdahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan pemain Penang, Anselmo Arruda da Silva pada minit ke-73 sebelum berhasil menyamakan kedudukan menerusi Boris Kok pada minit ke-83 dan keputusan kekal sehingga wisel penamat ditiup.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Pemain Sabah FC Dominic Tan Jun Jin (tengah) menghalang sepakan pemain Melaka United FC Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman (kanan) pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2022 di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, Melaka, 5 Apr 2022. --fotoBERNAMA
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kanak-kanak antara yang maut dalam serangan Israel
Antara 28 individu yang terkorban dalam serangan Israel di Nuseirat di tengah Gaza pada Ahad, termasuk seorang kanak-kanak.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Petugas kesihatan Gaza dalam kenyataan berkata. kebanyakan mereka yang terbunuh dalam serangan awal pagi tinggal di sebuah rumah yang sama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Mei 2024.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.
Piala AFC: Macarthur bukan lawan mudah - Kim Swee
Sabah FC menyifatkan aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC menentang wakil dari Australia, Macarthur pada Selasa sebagai perlawanan yang sukar.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
Piala AFC: Sabah FC tewas di laman sendiri pada perlawanan terakhir kumpulan H
Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Sabah di takhta kumpulan H dengan meraih 12 mata hasil empat kemenangan serta tewas dua kali.
Sepakan penalti Vitor ikat Terengganu
Sepakan itu diperoleh selepas penjaga gol TFC Muhammad Rahadiazli Rahalim merempuh Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam kawasan penalti.
Piala AFC: Sabah FC sahkan slot pusingan kalah mati
Tuan rumah memberikan gol pendahuluan buat Sabah selepas hantaran leret Daniel Ting ke dalam kawasan kotak penalti tertampan kaki Naoki Kuriyama.
Ketiadaan tonggak pertahanan utama punca tewas - Ketua Jurulatih TFC
Steinbruckner menyifatkan ketiadaan empat tonggak pertahanan utama menjadi punca Terengganu FC (TFC) tewas 0-4 di tangan Sabah FC.
Sabah benam Hai Phong, rampas takhta kumpulan H
Skuad bimbingan Ong Kim Swee bermula cemerlang apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan jarak dekat Daniel Ting pada minit ke-19.