KUALA LUMPUR: Selangor FC mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Kelantan United pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, malam ini.
Jaringan tunggal perlawanan terhasil daripada sepakan sudut Mohamad Faisal Abdul Halim yang seterusnya ditanduk kemas tonggak pertahanan, Yazan Al-Arab sekali gus menerjah gawang gol Kelantan United pada minit ke-40.
Anak buah Tan Cheng Hoe menguasai hampir keseluruhan perlawanan di separuh mata pertama dengan beberapa percubaan dilakukan namun gagal menambah jaringan dan keputusan 1-0 itu kekal sehingga waktu rehat.
Bersambung babak kedua, giliran anak buah Tomas Trucha cuba membuktikan kehadiran Kelantan United bukan sekadar pelengkap liga dengan menghasilkan beberapa percubaan berbahaya namun disekat penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.
Kedua-dua pasukan kemudian saling berbalas serangan namun ketumpulan di bahagian hadapan mengakibatkan tiada gol dihasilkan dan keputusan akhir kekal memihak kepada skuad Gergasi Merah.
Dalam pada itu, Negeri Sembilan FC kempunan untuk mencipta kemenangan di halaman sendiri selepas terikat seri 1-1 menentang Sri Pahang FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.
Anak didik K Devan bermula garang sebaik wisel ditiup selain dilihat kerap mengatur serangan ke arah kubu Sri Pahang yang kemudian diterjemahkan kepada gol oleh pemain import dari Brazil, Anselmo Arruda Da Silva pada minit ke-20.
Bersambung babak kedua perlawanan, giliran skuad Tok Gajah mengatur rentak dan berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui tandukan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-47.
Kedudukan 1-1 itu bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Selangor FC mencatat kemenangan tipis 1-0 mengatasi Kelantan United pada aksi Liga Super 2023, malam ini. - Foto BERNAMA
Gaji penjawat awam boleh dinaikkan dengan kawalan pengurusan kewangan - PM
Ketegasan dalam menguruskan kewangan juga mampu untuk memberikan lebih banyak manfaat serta barakah selepas ini kepada kumpulan terbabit.
Trio pecut wanita dalam senarai menunggu ke Paris 2024
Trio pecut wanita negara berpeluang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada pada kedudukan pertama senarai menunggu untuk mengambil bahagian di temasya itu.
JAIM bakal perkenal Pusat Tahfiz TVET, tawar kursus selam dasar laut
JAIM bakal menjadikan Maahad Tahfiz Pulau Besar sebagai Pusat Tahfiz Program Pendidikan dan TVET yang turut menawarkan kursus selam dasar laut.
Jalan baharu sebagai laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
MSPO mampu penuhi permintaan EUDR, kata pakar
Panel pakar pensijilan yang dipanggil oleh MPOC telah menilai keupayaan pensijilan MSPO sebagai instrumen untuk memastikan pematuhan kepada EUDR.
SUKMA XXI bakal bawa limpahan ekonomi kepada Sarawak - Abdul Karim
Pemain industri perhotelan, inap desa dan pengusaha makanan serta pengangkutan di Sarawak bakal menerima limpahan ekonomi daripada penganjuran temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.
Minggu Latihan Kebangsaan pupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat - HRD Corp
HRD Corp bakal menganjurkan NTW pada Jun ini, bertujuan menerapkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat melalui peluang meningkatkan kemahiran dan pembelajaran secara percuma.
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Penolong jurulatih baharu Selangor FC masih diteliti - Johan Kamal
Pembantu jurulatih baharu Selangor FC masih dalam pemilihan ketua jurulatih kelab itu Nidzam Jamil.
Nidzam Jamil bakal naik pangkat sebagai pengendali tetap Selangor
Johan Kamal mengesahkan bekas jurulatih Thailand, Alexandre 'Mano' Polking tidak akan dilantik untuk mengemudi The Red Giants.
Selangor FC umum pengganti Cheng Hoe dalam seminggu
Selangor FC dijangka mengumumkan ketua jurulatih baharu dalam seminggu lagi bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang telah berhijrah.
'Ibarat balik kampung' - Sikh Izhan
Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman bertekad mempamerkan persembahan terbaik selepas menyarung jersi Penang FC secara pinjaman daripada Selangor FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Netizen ternganga video perkenalkan Nooa Laine
Nooa juga mempunyai satu kap senior bersama Harimau Malaya, yang dicapainya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.