BANGI: Lima penghantar makanan didakwa atas tuduhan membunuh seorang pemandu lelaki dalam satu kejadian yang tular di media sosial, di mana mangsa diikat tangannya dan dipukul sejurus ditarik keluar dari kenderaannya.
Tertuduh, Mohd Yuree Ranoff Mohd Bachuri, 41 tahun, Azharul Azuan Mohd Azan, 34 tahun, Tengku Izham Tengku Hamid, 22 tahun, Mahazir Nordin, 43 tahun, dan Syamsul Qamar Ayob, 40 tahun, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dikemukakan di hadapan Majistret, Nurdiyanah Mohd Nawawi di Mahkamah Majistret.
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad, 42 tahun, di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2, Beranang, pada jam 9.54 malam, 20 Feb lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama, yang membawa kepada hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Hafiz.
Sementara itu, mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 25 April depan untuk status dokumen forensik, kimia serta bedah siasat.
Pada minggu lalu, kejadian berlaku itu dipercayai berlaku selepas lelaki berkenaan yang memandu Proton Saga kelabu terbabit kemalangan dengan seorang penghantar makanan.
Difahamkan, mangsa dikejar orang awam hingga ke Taman Pelangi Semenyih 2, sebelum keretanya terbabas dan melanggar pagar kawasan perumahan.
Sehubungan itu, polis menahan tujuh lelaki berusia antara 22 hingga 52 tahun di Semenyih, Kajang dan Beranang untuk membantu siasatan.
Fahmi Izuddin
Tue Feb 27 2024
Lima penghantar makanan yang tular dalam kejadian pukul dan ikat seorang pemandu kereta minggu lalu didakwa di Mahkamah Majistret di Bangi hari ini. - Foto Sinar Harian
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Lima penghantar makanan didakwa bunuh pemandu dipukul di Semenyih
Mengikut pertuduhan, lima lelaki berkenaan didakwa membunuh Shahril Samad di Jalan TPS 2/3, Taman Pelangi Semenyih 2 pada 20 Feb lalu.
Pekerja kedai aksesori telefon bimbit didakwa bunuh majikan
Tertuduh, Yap Kok Ming, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Kes bunuh CEO Cradle Fund: Mahkamah Rayuan tangguh keputusan
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Samirah Muzaffar dan dua remaja atas pertuduhan membunuh CEO Cradle Fund, Nazri Hassan.
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
Imran Khan bebas dengan jaminan
Perintah itu bermakna Imran tidak boleh ditahan semula dalam tempoh 14 hari.
Buruh didakwa tikam hingga mati lelaki di restoran makanan segera
Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Rantau Panjang pada 2017.
Mayat dalam rumah di kampung Tai Po milik model Abby Choi
Mayat manusia yang ditemui di sebuah rumah di perkampungan Tai Po disahkan milik model Hong Kong yang dibunuh, Abby Choi Tin-fung.
Remaja perempuan didakwa bunuh budak lelaki 11 tahun di Dallas AS
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Dallas, selatan Texas, Amerika Syarikat (AS) didakwa atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia 11 tahun, lapor Xinhua memetik polis Dallas.
Tembak rakan serumah selepas alih hiasan Krismas
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan pihak berkuasa Texas atas dakwaan menembak mati rakan serumahnya selepas menurunkan hiasan Krismas di kediaman mereka.
Kes bunuh penghuni tahfiz: Rayuan remaja didengar 9 Mac 2023
Remaja itu yang kini berusia 21 tahun, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos 2020 yang memerintahkannya ditahan di penjara.